BEQIZ FORUM

Selamat Datang Ke Forum Beqiz.

Untuk mendapat akses sepenuhnya di forum kami, Sila "LOGIN" jika anda masih belum mendaftar lagi atau tekan "LOGIN" jika anda sudah mendaftar.

Langkah untuk menjadi Official Member mestilah mematuhi perkara berikut :-

1. Daftar
2. Perkenalkan diri anda
3. Minimu posting 10 topic
3. Aktif login minimum 4 kali sebulan
5. Mematuhi terma dan syarat yg telah ditetapkan.

Amaran Keras terhadap kelakuan berikut..Exclamation

Jangan menggunakan perkataan tidak sopan, lucah
dan kurang ajar.

Jangan menghina, mengata, memfitnah, menuduh atau
menjatuhkan maruah seseorang, agama, budaya atau bangsa.

Jangan melakukan provokasi atau kontroversi.

Anda dibenarkan mengiklankan perniagaan anda di Forum
ini?.
Bagaimanapun jika anda membuka topik berkaitan perniagaan anda itu ia mestilah diteruskan dengan update dan respond kepada pengujung. Jika anda hanya membuat satu post dan tinggal, pihak admin akan menganggap ianya spam dan akan memadamnya.

Disclaimer:

Semua posting di dalam Beqiz Forum, Beqiz.forumotion.com merupakan inisiatif peribadi si pemposter. Pihak admin Beqiz.forumotion.com tidak boleh
dipertangungjawabkan, dipertikaikan atau dipersalahkan jika berlaku apa saja bentuk kerugian oleh mana-mana ahli akibat apa-apa urusan dengan mana-mana ahli yang lain di sepanjang kegiatan mereka di lamanweb ini.


Pihak admin Beqiz.forumotion.com hanya boleh mengharapkan semua pihak bersifat profesional, telus dan amanah dalam menjalankan apa-apa promosi dan urusan sesama ahli. Para ahli haruslah bertanggungjawab dan berhati-hati apabila melakukan sebarang kegiatan yang bersifat promosi mahupun urusniaga.

Sila memulakan sesi perkenalan di topic "Kenalkan diri anda".

Selamat Berforum!!.. (^_^).
BEQIZ FORUM

: : Forum Bisnes Komuniti Usahawan dan Peniaga Malaysia : :


Dijel dan denda RM8,000 akibat isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong

Share
avatar
Admin
Forum Admin
Forum Admin

Posts : 85
Reputation : 0
Join date : 30/04/2009
Age : 34
Location : Selangor,Malaysia

Dijel dan denda RM8,000 akibat isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong

Post by Admin on Fri Feb 15, 2013 9:26 am

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.130914.1360757803!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

BALIK PULAU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.

Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini pada pukul 11.50 pagi kelmarin.

Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan.

Pei Koe membayar denda itu.

Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan tertuduh bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa...8-000-1.130913

    Current date/time is Tue Nov 13, 2018 1:16 pm