BEQIZ FORUM

Selamat Datang Ke Forum Beqiz.

Untuk mendapat akses sepenuhnya di forum kami, Sila "LOGIN" jika anda masih belum mendaftar lagi atau tekan "LOGIN" jika anda sudah mendaftar.

Langkah untuk menjadi Official Member mestilah mematuhi perkara berikut :-

1. Daftar
2. Perkenalkan diri anda
3. Minimu posting 10 topic
3. Aktif login minimum 4 kali sebulan
5. Mematuhi terma dan syarat yg telah ditetapkan.

Amaran Keras terhadap kelakuan berikut..Exclamation

Jangan menggunakan perkataan tidak sopan, lucah
dan kurang ajar.

Jangan menghina, mengata, memfitnah, menuduh atau
menjatuhkan maruah seseorang, agama, budaya atau bangsa.

Jangan melakukan provokasi atau kontroversi.

Anda dibenarkan mengiklankan perniagaan anda di Forum
ini?.
Bagaimanapun jika anda membuka topik berkaitan perniagaan anda itu ia mestilah diteruskan dengan update dan respond kepada pengujung. Jika anda hanya membuat satu post dan tinggal, pihak admin akan menganggap ianya spam dan akan memadamnya.

Disclaimer:

Semua posting di dalam Beqiz Forum, Beqiz.forums2u.com merupakan inisiatif peribadi si pemposter. Pihak admin Beqiz.forums2u.com tidak boleh
dipertangungjawabkan, dipertikaikan atau dipersalahkan jika berlaku apa saja bentuk kerugian oleh mana-mana ahli akibat apa-apa urusan dengan mana-mana ahli yang lain di sepanjang kegiatan mereka di lamanweb ini.

Pihak admin Beqiz.forums2u.com hanya boleh mengharapkan semua pihak bersifat profesional, telus dan amanah dalam menjalankan apa-apa promosi dan urusan sesama ahli. Para ahli haruslah bertanggungjawab dan berhati-hati apabila melakukan sebarang kegiatan yang bersifat promosi mahupun urusniaga.

Sila memulakan sesi perkenalan di topic "Kenalkan diri anda".

Selamat Berforum!!.. (^_^).

Join the forum, it's quick and easy

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
BEQIZ FORUM

: : Forum Bisnes Komuniti Usahawan dan Peniaga Malaysia : :

Terima kasih kerana mengunjungi laman Beqiz Dot Forums2u Dot Com | Pihak kami akan memantau dan mengemaskini topik dari semasa ke semasa dan sekiranya anda perlukan bantuan atau pun pertanyaan sila gunakan " PRIVATE MESSAGE"

    Pergolakan Lahad Datu - Permulaan kpd sesuatu yg lebih besar? 4000 rakyat Sulu dibunuh dulu!

    Alyadanis
    Alyadanis
    Forum Admin
    Forum Admin

    Posts : 23
    Reputation : 0
    Join date : 22/10/2009
    Age : 39
    Location : PeTaLinG JaYa

    Pergolakan Lahad Datu - Permulaan kpd sesuatu yg lebih besar? 4000 rakyat Sulu dibunuh dulu! Empty Pergolakan Lahad Datu - Permulaan kpd sesuatu yg lebih besar? 4000 rakyat Sulu dibunuh dulu!

    Post by Alyadanis Tue Mar 05, 2013 4:56 pm

    ULASAN dari pihak Sulu yang lain:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Laporan di bawah ini begitu jelas keluarga Kiram sedang bermain di hadapan. Sedangkan siapa di belakangnya itu masih menjadi tandatanya. Kalau pun sudah ramai yang meneka bahawa ia digerak oleh KUASA BESAR DUNIA itu namun masih berteka teki untuk tujuan apa. Adakah sindrom ARAB SPRING itu bakal dihidapi oleh Malaysia Timur ini sebelum ia menular keseluruh negara masih tidak dapat dipastikan.

    Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.

    Pergolakan Lahad Datu - Permulaan kpd sesuatu yg lebih besar? 4000 rakyat Sulu dibunuh dulu! Salasilah-2b

    Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu.

    Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

    Pergolakan Lahad Datu - Permulaan kpd sesuatu yg lebih besar? 4000 rakyat Sulu dibunuh dulu! Misan+muti+in+bukug

    Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

    Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

    Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?

    Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

    Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

    Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.

    Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.

    PERHATIAN: Kita harus wajib memerangi orang Sulu yang jahat sahaja....mari kita kenalpasti dan halau keluar talibarut2 yang berada di BN mahupun PR yang menyusahkan kita semua...

      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 3:36 pm