BEQIZ FORUM

Selamat Datang Ke Forum Beqiz.

Untuk mendapat akses sepenuhnya di forum kami, Sila "LOGIN" jika anda masih belum mendaftar lagi atau tekan "LOGIN" jika anda sudah mendaftar.

Langkah untuk menjadi Official Member mestilah mematuhi perkara berikut :-

1. Daftar
2. Perkenalkan diri anda
3. Minimu posting 10 topic
3. Aktif login minimum 4 kali sebulan
5. Mematuhi terma dan syarat yg telah ditetapkan.

Amaran Keras terhadap kelakuan berikut..Exclamation

Jangan menggunakan perkataan tidak sopan, lucah
dan kurang ajar.

Jangan menghina, mengata, memfitnah, menuduh atau
menjatuhkan maruah seseorang, agama, budaya atau bangsa.

Jangan melakukan provokasi atau kontroversi.

Anda dibenarkan mengiklankan perniagaan anda di Forum
ini?.
Bagaimanapun jika anda membuka topik berkaitan perniagaan anda itu ia mestilah diteruskan dengan update dan respond kepada pengujung. Jika anda hanya membuat satu post dan tinggal, pihak admin akan menganggap ianya spam dan akan memadamnya.

Disclaimer:

Semua posting di dalam Beqiz Forum, Beqiz.forums2u.com merupakan inisiatif peribadi si pemposter. Pihak admin Beqiz.forums2u.com tidak boleh
dipertangungjawabkan, dipertikaikan atau dipersalahkan jika berlaku apa saja bentuk kerugian oleh mana-mana ahli akibat apa-apa urusan dengan mana-mana ahli yang lain di sepanjang kegiatan mereka di lamanweb ini.


Pihak admin Beqiz.forums2u.com hanya boleh mengharapkan semua pihak bersifat profesional, telus dan amanah dalam menjalankan apa-apa promosi dan urusan sesama ahli. Para ahli haruslah bertanggungjawab dan berhati-hati apabila melakukan sebarang kegiatan yang bersifat promosi mahupun urusniaga.

Sila memulakan sesi perkenalan di topic "Kenalkan diri anda".

Selamat Berforum!!.. (^_^).

Join the forum, it's quick and easy

BEQIZ FORUM

Selamat Datang Ke Forum Beqiz.

Untuk mendapat akses sepenuhnya di forum kami, Sila "LOGIN" jika anda masih belum mendaftar lagi atau tekan "LOGIN" jika anda sudah mendaftar.

Langkah untuk menjadi Official Member mestilah mematuhi perkara berikut :-

1. Daftar
2. Perkenalkan diri anda
3. Minimu posting 10 topic
3. Aktif login minimum 4 kali sebulan
5. Mematuhi terma dan syarat yg telah ditetapkan.

Amaran Keras terhadap kelakuan berikut..Exclamation

Jangan menggunakan perkataan tidak sopan, lucah
dan kurang ajar.

Jangan menghina, mengata, memfitnah, menuduh atau
menjatuhkan maruah seseorang, agama, budaya atau bangsa.

Jangan melakukan provokasi atau kontroversi.

Anda dibenarkan mengiklankan perniagaan anda di Forum
ini?.
Bagaimanapun jika anda membuka topik berkaitan perniagaan anda itu ia mestilah diteruskan dengan update dan respond kepada pengujung. Jika anda hanya membuat satu post dan tinggal, pihak admin akan menganggap ianya spam dan akan memadamnya.

Disclaimer:

Semua posting di dalam Beqiz Forum, Beqiz.forums2u.com merupakan inisiatif peribadi si pemposter. Pihak admin Beqiz.forums2u.com tidak boleh
dipertangungjawabkan, dipertikaikan atau dipersalahkan jika berlaku apa saja bentuk kerugian oleh mana-mana ahli akibat apa-apa urusan dengan mana-mana ahli yang lain di sepanjang kegiatan mereka di lamanweb ini.


Pihak admin Beqiz.forums2u.com hanya boleh mengharapkan semua pihak bersifat profesional, telus dan amanah dalam menjalankan apa-apa promosi dan urusan sesama ahli. Para ahli haruslah bertanggungjawab dan berhati-hati apabila melakukan sebarang kegiatan yang bersifat promosi mahupun urusniaga.

Sila memulakan sesi perkenalan di topic "Kenalkan diri anda".

Selamat Berforum!!.. (^_^).

BEQIZ FORUM

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
BEQIZ FORUM

: : Forum Bisnes Komuniti Usahawan dan Peniaga Malaysia : :

Terima kasih kerana mengunjungi laman Beqiz Dot Forums2u Dot Com | Pihak kami akan memantau dan mengemaskini topik dari semasa ke semasa dan sekiranya anda perlukan bantuan atau pun pertanyaan sila gunakan " PRIVATE MESSAGE"

    Apa itu salaf??

    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Apa itu salaf?? Empty Apa itu salaf??

    Post by Admin Fri Jun 17, 2016 6:24 am

    Apa itu Salaf?

    SALAF ialah “Orang-orang yang terawal (yang terdahulu) terutama dari para Nabi, para sahabat Nabi, para tabi’in dan mereka yang mengikut jejak (meniti manhaj) mereka-mereka yang telah lalu terutama para imam mujtahid yang empat” (Hambali, Syafie, Maliki dan Hanafi).

    (Lihat: تحفة المريد على جوهر التوحيد hlm. 231. Ibrahim Baijuri)

    Kalimah salaf adalah kalimah Arab tulen (asli) kerana ia tercatit dalam al-Quran al-Karim. Sebagaimana firman Allah ‘Azza wa-Jalla:

    فَجَعَلْنَاهُمْ سَلَفًا وَمَثَلاً لِلاَخِرِيْنَ

    “Maka Kami jadikan mereka (orang-orang) yang terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian”. (Az-Zukhruf, 43: 56)

    Seterusnya firman Allah Ta’ala : 

    وَالسَّابِقُوْنَ اْلاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَاْلاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْاهُمْ بِاِحْسَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضَوْا عَنْهُ وَاَعَّـدَ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ تَحْتَهَا اْلاَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فِيْهَا اَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمِ

    “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”. (at-Taubah, 9:100)

    Salaf di ayat ini ialah: “Orang yang mula-mula atau orang-orang awal-awal (terdahulu)” iaitu para sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang beriman dengannya.

    Para Salaf as-Soleh yang paling utama diketuai oleh Muhajirin dan Ansar. Mereka adalah golongan sahabat dan telah sepakat sekalian Ahli Sunnah wal-Jamaah tentang keadilan mereka.

    Tidak ada yang khilaf tentang kemuliaan dan keutamaan mereka kecuali golongan Ahli Bid’ah. Allah telah menjamin kebenaran Muhajirin dan Ansar dalam berkorban jiwa dan raga. Mereka sangat meredai Allah dan Allah meredai mereka. Mereka menjadi pembantu dan pengikut Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang paling setia.

    Mereka paling percaya (beriman), paling benar ketakwaannya dan sebaik-baik umat yang paling suci hatinya. Mereka berada dalam koridor keIslaman, keimanan yang jernih. Akidah dan ibadah mereka sentiasa disaring oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. 

    Allah telah berfirman menjelaskan keadaan para sahabat yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar:

    للْفُقَرَآءِ الْمُهَاجِرِيْنَ الَّذِيْنَ أُخْرِجُوْا مِنْ دِيَارِهِمْ وَاَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُوْنَ فَضْلاً مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ اُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُوْنَ

    “(Juga) bagi para fuqara yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan keredaanNya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar”. (al-Hasyr, 59:Cool

    كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ للنَّاسِ

    “Kamu (para sahabat) sebaik-baik umat dikeluarkan untuk manusia”. (Ali Imran, 3:110)

    Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

    اِنَّ اللهَ اخْتَارَاَصْحَابِيْ عَلَى الثَّقَليْنِ سِوَى النَّبِيِّنَ وَالْمُرْسَلِيْنَ

    “Sesungguhnya Allah telah memilih (memuliakan) para sahabatku atas semua jin dan manusia, kecuali para nabi dan para rasul”. (H/R Bazzar dalam Musnadnya. Disebut oleh Ibn Hajar dalam al-Isabah. 1/21-22. Beliau berkata para perawinya dipercayai. Disebut oleh Al-Haitami dalam Majma’ al-Zawaid 10/16)

    اَكْرمُوْا اَصْحَابِيْ ، فَاِنَّهُمْ خِيَارُكُمْ

    “Muliakanlah para sahabatku kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang (yang menjadi contoh) terbaik bagi kamu”. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam Al-I’tiqad. 320. Al-Khatib dalam Tarikh Bagdad. 6/57. Dikeluarkan oleh Ibnu Manduh dalam Kitab al-Iman. 1/961-962. Disebut oleh Al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah. 3/109-110 dan dalam Sahih al-Jami’ 2/345)

    Selain dijelaskan oleh Allah sebagai orang-orang mulia yang benar dan sebaik-baik ummah maka mereka juga dianggap oleh Allah Azza wa-Jalla sebagai umat yang paling adil dan umat pilihan Allah sebagaimana firman-Nya:

    وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ اَمَّةً وَسَطًا

    “Dan demikianlah Kami menjadikan kamu (umat Islam terutamanya para sahabat) umat yang adil dan pilihan”. (Al-Baqarah. 2:143)

    كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ للنَّاسِ تَاْمُرُوْنَ بَالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ

    “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah”. (Ali Imran. 3:110)

    Diriwayatkan oleh al-Khatib dengan sanad dari ‘Umir as-Sya’bi, beliau berkata:

    مَاحَدثُوْكَ عَنْ اَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخُذْهُ

    “Tentang apa saja (berkaitan agama) yang diucapkan oleh para sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam,maka ambillah dia”. (Lihat: شرف اصحاب الحديث 74. Al-Khatib)

    Adapun dalil dari hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

    خَيْرُ النَّاسِ الَّذِيْ اَنَا فِيْهِ ، ثَمَّ الثَّانِيْ ثُمَّ الثَّالِثِ

    “Sebaik-baik kurun adala kurun yang aku berada di dalamnya, kemudian kurun yang kedua (kurun tabi’in) dan kemudian kurun ketiga (kurun tabi’ut at-tabi’in). (H/R Muslim. Pada kita Fadhail Sahabat. 2/1960. Abu Daud dalam kitab As-Sunnah 5/44)

    Hadis ini menunjukkan bahawa selepas apa yang dari Rasulullah ialah athar dari para sahabat. Sufyan ath-Thauri berkata:

    اِنَّمَاالدِّيْنُ بِاْلآثَارِلَيْسَ بِالرَّاْيِ اِنَّمَا الدِّيْنُ بِاْلآثَارِلَيْسَ بَالرَّاْيِ

    “Sesungguhnya agama itu dengan (mengikut) athar bukan dengan pandangan, sesungguhnya agama itu dengan (mengikut) athar bukan dengan pandangan (pendapat)”. (Lihat: شرف اصحاب الحديث hlm. 6)

    Berkata al-Auzaii rahimahullah:

    عَلَيْكَ بِآثَارِ مَنْ سَلَفَ وَاِنْ رَفَضَكَ النَّاس ، وَاِيَّاكَ وَرَاْيُ الرِّجَال ، وَاِنْ زُخْرُفُوْهُ لَكَ بِالْقَوْلِ

    “Hendaklah engkau kembali (berpegang) kepada athar para salaf walaupun engkau disingkir oleh manusia. Berjaga-jagalah engkau dari pendapat (buah fikiran) seseorang, sekalipun ia merupakan kata-kata yang indah (yang mempersonakan)”. (Lihat: شرف اصحاب الحديث hlm. 6)

    Berkata Abdullah bin Daud rahimahullah:

    لَيْسَ الدِّيْنَ بِالْكَلاَمِ ، اِنَّمَا الدِّيْنُ بِاْلآثَارِ

    “Bukanlah agama itu yang mengikut perkataan seseorang tetapi agama itu ialah dengan berpegang (mengikut) kepada athar”. (Lihat: شرف اصحاب الحديث hlm. 6)

    Terlalu banyak hadis dan athar yang sahih memerintahkan agar kita sentiasa berpegang atau kembali dengan athar-athar para sahabat yang sahih kerana mereka adalah para Salaf kita dan mereka telah dimuliakan Allah Azza wa-Jalla.

    وَاَنَّ هَذَا صِرَاطِيْ مُسْتَقِيْمًا فَاتَّبِعُوْهُ وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ

    “Dan sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalannya”. (al-An’am, 6: 153)

    Maksud “Jalan Ku yang lurus” ialah:
    “Al-Quran, Islam dan fitrah yang Allah fitrahkan kepada manusia”. Dan maksud: “Janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)” ialah: “Hawa nafsu, perpecahan, bid’ah dan setiap yang baru yang diada-adakan”. Mujahid pula menafsirkan sebagai: “Bid’ah, syubahat-syubahat dan segala kesesatan”. (Lihat: Tafsir Mujahid. Hlm. 227) 

    Di dalam sebuah hadis, setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam membacakan ayat tersebut lalu baginda membuat garisan

    :وَهُوَ يَمُرُّ بَاَصْبَعِهِ عَلَى الْخَطِّ الْمُسْتَقِيْمِ هَذَا صِرَاطُ اللهِ ثُمَّ اَشَارَ اِلَى الْخُطُوْطِ الْقَصِيْرَةِ مِنْ حَوْلِهِ فَقَالَ : هَذِهِ طُرُقٌ وَعَلَى رَاْسِ كُلِّ طَرِيْقٍ مِنْهَاشَيْطَانٌ يَدْعُوْ النَّاسَ اِلَيْه

    ِ“Baginda membuat satu garis lurus dengan tangannya lalu baginda bersabda: Ini jalan Allah, kemudian menunjukkan ke beberapa garisan pendek di sekitar garisan tersebut maka baginda bersabda: Inilah jalan-jalan yang di setiap atas jalan tersebut terdapat syaitan yang mengajak manusia kepadanya (kepada syaitan)”.

    Adapun garisan lurus yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah jalan yang ditafsirkan oleh baginda sebagai

    :هِيَ مَا اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ

    “Itulah (jalan) yang aku dan para sahabatku berada di atasnya (atau dimaksudkan juga: itulah jalanku danjalan para sahabatku)”. (Lihat: Mustadrak oleh Hakim. 1/128. Turmizi 5/26. No. 2641. Al-Ajiri dalamAs-Syariah Hlm. 15-16. Disahihkan oleh Al-Bagawi dalam Syarah as-Sunnah. 1/213. Ibnul Jauzi dalam Talbisul Iblis. Hlm. 7. Ad-Dailamy dalam Al-Faidaus 3/439. No. 5347)

    مَنْ كَانَ عَلَى مِثْلِ مَا اَنَا عَلَيْهِ الْيَوْم وَاَصْحَابِيْ

    “Sesiapa yang di atas contoh mengikut apa yang aku berada pada hari ini berserta para sahabatku”. (H/R Turmizi dalam Kitab Al-Iman. 2641. 5/25-26)

    Maka garisan yang digaris oleh Rasulullah itulah jalan yang dilalui oleh baginda dan para sahabat yang dinamakan sebagai “Manhaj Salaf”. 

    Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda

    :عَنِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ، ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ، ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ

    “Dari Ibnu Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ut at-tabi’in)”. (Mutaffaqun ‘alaihi. Bukhari No 2652. Muslim No 2533 (211))

    Menurut Ibnu Hajar rahimahullah: Perkataan salaf adalah orang-orang dari kalangan para sahabat serta orang-orang yang mengikuti mereka iaitu tabi’in. (Lihat: Fathul Bari, 6/51) 

    Dan para sahabat digelar sebagai sebaik-baik generasi kerana lahir dikurun mufadhalah)مُفَضَّلَةٌ (“Kurun Terbaik”.

    Maka dengan penjelasan yang dipadatkan dengan hujjah ini, nyatalah bahawa sesiapa yang meragui manhaj Salaf as-Soleh, dia telah meragui manhaj rabbani.

    Sesiapa yang menentang manhaj Salaf maka dia telah menentang manhaj Rasullullah dan dia telah mengikut manhajnya orang-orang yang tidak beriman, sedangkan orang-orang yang paling beriman adalah para sahabat, tabi’in dan para tabi’ut at-tabi’in yang telah menyeru agar kita mengikuti manhajnya. Allah telah mengancam orang-orang yang menentang manhaj yang menjadi manhajnya Rasulullah kerana ia juga adalah menjadi manhaj atau jalannyaorang-orang berimanسبيل المؤمنين. Allah berfirman

    :وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِجَهَنَّمَ وَسَآءَ تْ مَصِيْرًا

    “Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya danmengikuti jalan (manhaj) yang bukan jalan (manhaj) orang-orang beriman, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam. Dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali”. (An-Nisaa’, 4:115)

    Ayat ini dengan jelas menekankan bahawa orang-orang yang mengikut jalan yang bukan jalannya orang-orang beriman, maka dia dianggap sebagai menentang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

      Current date/time is Mon May 20, 2024 7:12 pm