HADIS MENYIMEN, MEMBUAT BINAAN DAN DUDUK DI ATAS KUBUR.
عَنْ جَابِرٍ، قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ
Daripada Jabir radiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam melarang daripada disimennya kubur, duduk di atasnya dan daripada dibina bangunan di atasnya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no: 970]
Imam an-Nawawi menyebutkan dalam Syarah Sahih Muslim:
قال أصحابنا : تجصيص القبر مكروه ، والقعود عليه حرام ، وكذا الاستناد إليه والاتكاء عليه .
Ulama-ulama kami (iaitu ulama mazhab Syafie) menyatakan: Menyimen/mengapurkan kubur adalah makruh dan duduk di atasnya adalah haram. Begitu juga bersandar padanya dan
وأما البناء عليه فإن كان في ملك الباني فمكروه ، وإن كان في مقبرة مسبلة فحرام . نص عليه الشافعي والأصحاب .
Membina binaan di atasnya, seandainya kubur itu di tanah persendirian, maka ia adalah makruh. Seandainya ia di tanah perkuburan awam, maka ia adalah haram. Inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Syafie dan ulama-ulama mazhab Syafie.
قال الشافعي في الأم : ورأيت الأئمة بمكة يأمرون بهدم ما يبنى ، ويؤيد الهدم قوله : ( ولا قبرا مشرفا إلا سويته ) .
Imam al-Syafie berkata dalam Al-Umm: Aku pernah melihat para ulama di Mekah menyuruh agar dimusnahkan binaan yang ada di atas kubur. Pemusnahan binaan itu berdasarkan sabdanya: Tiada kubur yang ditinggikan kecuali diratakan.
Wallahua'lam.
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith