BEQIZ FORUM

Selamat Datang Ke Forum Beqiz.

Untuk mendapat akses sepenuhnya di forum kami, Sila "LOGIN" jika anda masih belum mendaftar lagi atau tekan "LOGIN" jika anda sudah mendaftar.

Langkah untuk menjadi Official Member mestilah mematuhi perkara berikut :-

1. Daftar
2. Perkenalkan diri anda
3. Minimu posting 10 topic
3. Aktif login minimum 4 kali sebulan
5. Mematuhi terma dan syarat yg telah ditetapkan.

Amaran Keras terhadap kelakuan berikut..Exclamation

Jangan menggunakan perkataan tidak sopan, lucah
dan kurang ajar.

Jangan menghina, mengata, memfitnah, menuduh atau
menjatuhkan maruah seseorang, agama, budaya atau bangsa.

Jangan melakukan provokasi atau kontroversi.

Anda dibenarkan mengiklankan perniagaan anda di Forum
ini?.
Bagaimanapun jika anda membuka topik berkaitan perniagaan anda itu ia mestilah diteruskan dengan update dan respond kepada pengujung. Jika anda hanya membuat satu post dan tinggal, pihak admin akan menganggap ianya spam dan akan memadamnya.

Disclaimer:

Semua posting di dalam Beqiz Forum, Beqiz.forums2u.com merupakan inisiatif peribadi si pemposter. Pihak admin Beqiz.forums2u.com tidak boleh
dipertangungjawabkan, dipertikaikan atau dipersalahkan jika berlaku apa saja bentuk kerugian oleh mana-mana ahli akibat apa-apa urusan dengan mana-mana ahli yang lain di sepanjang kegiatan mereka di lamanweb ini.


Pihak admin Beqiz.forums2u.com hanya boleh mengharapkan semua pihak bersifat profesional, telus dan amanah dalam menjalankan apa-apa promosi dan urusan sesama ahli. Para ahli haruslah bertanggungjawab dan berhati-hati apabila melakukan sebarang kegiatan yang bersifat promosi mahupun urusniaga.

Sila memulakan sesi perkenalan di topic "Kenalkan diri anda".

Selamat Berforum!!.. (^_^).

Join the forum, it's quick and easy

BEQIZ FORUM

Selamat Datang Ke Forum Beqiz.

Untuk mendapat akses sepenuhnya di forum kami, Sila "LOGIN" jika anda masih belum mendaftar lagi atau tekan "LOGIN" jika anda sudah mendaftar.

Langkah untuk menjadi Official Member mestilah mematuhi perkara berikut :-

1. Daftar
2. Perkenalkan diri anda
3. Minimu posting 10 topic
3. Aktif login minimum 4 kali sebulan
5. Mematuhi terma dan syarat yg telah ditetapkan.

Amaran Keras terhadap kelakuan berikut..Exclamation

Jangan menggunakan perkataan tidak sopan, lucah
dan kurang ajar.

Jangan menghina, mengata, memfitnah, menuduh atau
menjatuhkan maruah seseorang, agama, budaya atau bangsa.

Jangan melakukan provokasi atau kontroversi.

Anda dibenarkan mengiklankan perniagaan anda di Forum
ini?.
Bagaimanapun jika anda membuka topik berkaitan perniagaan anda itu ia mestilah diteruskan dengan update dan respond kepada pengujung. Jika anda hanya membuat satu post dan tinggal, pihak admin akan menganggap ianya spam dan akan memadamnya.

Disclaimer:

Semua posting di dalam Beqiz Forum, Beqiz.forums2u.com merupakan inisiatif peribadi si pemposter. Pihak admin Beqiz.forums2u.com tidak boleh
dipertangungjawabkan, dipertikaikan atau dipersalahkan jika berlaku apa saja bentuk kerugian oleh mana-mana ahli akibat apa-apa urusan dengan mana-mana ahli yang lain di sepanjang kegiatan mereka di lamanweb ini.


Pihak admin Beqiz.forums2u.com hanya boleh mengharapkan semua pihak bersifat profesional, telus dan amanah dalam menjalankan apa-apa promosi dan urusan sesama ahli. Para ahli haruslah bertanggungjawab dan berhati-hati apabila melakukan sebarang kegiatan yang bersifat promosi mahupun urusniaga.

Sila memulakan sesi perkenalan di topic "Kenalkan diri anda".

Selamat Berforum!!.. (^_^).

BEQIZ FORUM

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
BEQIZ FORUM

: : Forum Bisnes Komuniti Usahawan dan Peniaga Malaysia : :

Terima kasih kerana mengunjungi laman Beqiz Dot Forums2u Dot Com | Pihak kami akan memantau dan mengemaskini topik dari semasa ke semasa dan sekiranya anda perlukan bantuan atau pun pertanyaan sila gunakan " PRIVATE MESSAGE"

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah

    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah

    Post by Admin Thu Feb 28, 2013 4:26 pm

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 28516110

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 56487410



    NOTA KONGSIAN

    Ustaz Haslin Baharin (Bollywood). Kuliah Asar - Masjid Negeri, Shah Alam
    [20 Oct 2012]

    Taqwa itu ialah melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Saidina Ali ra berkata, taqwa ialah takut kepada Allah dengan sebenar-benar takut, melakukan amalan yang difardhukan, dan meninggalkan segala laranganNya. Inilah ciri-ciri Hamba Allah, mesti kena takut Allah, kena beriman pada Allah pada setiap saat.

    Nak jadi hamba Allah, ada 3 syarat:

    1) Al Hubbu - cinta, pada Allah.
    dengan cinta pada Allah, kita akan dapat 2 perkara:
    i) Allah akan cinta kita semula
    ii) Akan mati sebagai hamba Allah

    cara nak cinta, setiap perkara yang kita lakukan mestilah sebut nama Allah, makan baca Bismillah, kenyang sebut Alhamdulillah, minum sebut Bismillah, bangun pagi sebut Alhamdulillah, dan sebagainya.

    2) Takut, pada Allah.
    sifat2 takut ada 3:

    i) iman - Hadis~ kalau nampak kemungkaran, ubah dengan tangan, jika tak mampu, dengan lisan, jika tak mampu, dengan membenci pada dalam hati, dan itu adalah selemah-lemah iman. tapi ramai orang kita sekarang pilih nombor 3. itulah masalah sekarang. ramai ada iman, tapi lemah. tahu tutup aurat tu wajib, tapi tak tutup. tahu solat tu wajib, tapi tak solat. ada suami takut nak tegur kesalahan isteri. tu semua akibat ada iman tapi lemah.

    ii) malu - malu untuk buat maksiat, meskipun takde orang nampak, tapi kita malu lah dengan Allah.

    iii) yakin - dengan impian dan janji Allah. Allah janjikan syurga kepada mereka yang beriman. Kita doa, sedekah, zakat, solat, puasa, dan sebagainya sebab nak syurga Allah. Nabi kata jangan putus asa doa pada Allah.

    3) Sentiasa bersedia untuk mati (dari segi amalan fardhu)
    Mungkin james bond cakap tomorrow never die, tapi pada kita, tomorrow we might die. jadi, lengkapkan amalan fardhu kita setiap masa yang ditetapkan.

    Orang yang bebas dalam pemikiran (free thinker) dari kitab Syeikh Abdullah Al-Khatib:

    1) Golongan ini nak gugurkan agama Islam sepenuhnya dari masyarakat. contoh cara mereka melaksanakannya:

    i) Menggugurkan agama islam dari sistem pendidikan. Mereka merancang jangan ada penerapan agama dalam pelajaran sekolah. belajar pendidikan islam sebagai syarat periksa sahaja. bukan penerapan kepada hidup pelajar. golongan ni kalau dia tau ada program kita hari ni, diorang jeles.

    ada orang yang tinggi education, tapi jijik agamanya. ada doktor2 yang sanggup gugurkan kandungan wanita yang berzina yang dah lebih 4 bulan, ada doktor yang buat pembedahan buang kemaluan lelaki untuk pondan. inilah akibat tiada penerapan agama dalam pengajian perubatan. rata-rata kita minat menyanyi daripada mengaji. hafal lagu dan nama penyanyi, tapi surah pendek pun tak hafal.

    ii) menjauhkan syariat Islam daripada kedudukan sebagai sumber perlembagaan/perundangan. pernah ada kes seorang rakyat malaysia didapati bersalah minum arak. dia nak dan rela dia disebat di khalayak. tapi ada pulak orang islam naik bantah atas dasar women's right, kononnya. itu bukti kepincangan perundangan kita hari ini.

    iii) mengasaskan ekonomi atas dasar riba. lihat sendiri perbankan dan pinjaman di sekeliling kita hari ni.

    ada dulu orang kata kat saya, kenapa susah2 berjalan tawaf keliling kaabah? kan senang kita buat eskalator bergerak pusing keliling kaabah. takyah susah2 nak jalan kaki dan bersesak2. ni lah pemikiran orang bebas dalam pemikiran. kan lagi senang kalau kau buat kaabah tu berpusing, kau duduk je diam2 kat situ, alang2 dah malas sangat kan. tak nak ambil tahu rukun2 tawaf. nilah orang zaman sekarang.

    Nak lepak dengan kawan2, lepak lah. nak nyanyi, nyanyi lah. nak main bola, main lah. tapi ingat, kita masih orang islam. ada rules dan tanggungjawab. cari redha Allah, jangan cari redha nafsu.

    2) Untuk menjauhkan pemikiran manusia daripada segala yang berkaitan roh, wahyu, dan perkara ghaib (jin, malaikat, syurga neraka, dosa pahala)

    3) Menjauhkan dari segala yang berkaitan dengan akhlak. Mereka nak ajar manusia agar jangan malu buka aurat, jangan malu minum arak, jangan malu cakap lucah, jangan malu maki orang tua.

    4) Untuk memartabatkan ketuanan aqal. contoh, kebendaan jadi tuan. zaman sekarang, mak bapak nak cari menantu pun mesti nak menantu kerja bagus, kaya. dan lihat juga bagaimana masyarakat sekarang memandang tinggi orang yang mempunyai bisnes atau berpangkat dato' dan datin.

    5) Ketidakpercayaan pada wahyu. ada orang cakap, hantar anak sekolah pondok boleh kerja apa? gaji tak bagus pun. tak payah la hantar anak kau sekolah agama. haa.. mentaliti masyarakat kita yang tak yakin dengan ilmu Allah.

    6) Menolak pendekatan agama sebagai penyatuan sosial masyarakat yang baik


    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 64580_10

    NOTA KONGSIAN

    Ustaz Azhar Idrus. Kuliah Maghrib - Masjid Negeri, Shah Alam.
    [20 Oct 2012]

    Sambungan Kitab Anak Kunci Syurga muka surat 28

    Wajib membenarkan akan segalanya yang diperkatakan oleh Rasulullah saw. Wajib juga beriman dengan hari kiamat. Kiamat tu maksudnya berdiri. Hari dibangunkan, dibangkitkan.

    Nabi orang yang mula2 sekali dibangunkan.Sebab manusia yang paling tinggi pangkatnya dari sekelian manusia adalah Rasul Allah. Orang skang ni dah lari dari yg sepatutnya, dengar cakap pemimpin dunia daripada cakap nabi. Macam askar, kita patut ikut cakap General berbanding koperal.

    Kenapa kena lebihkan nabi? Sebab baginda org yg pertama kubur terbelah dan akan dibangkitkan. Nabi lah yg pegang anak kunci syurga di tangan kanannya semasa dibangkitkan.

    Bab kubur termasuk dalam beriman kepada hari kiamat. Kerana kiamat bermula dengan alam barzakh. Alam kubur ni alam ghaib. Hanya wajib beriman, tahu, dan sebar apa yang nabi beritahu sahaja. tak boleh bincang lebih dari itu.

    Bila lalu/ziarah kubur, bagi salam. Kalau lepas hantar jenazah, lepas tanam, jangan terus balik, Doakan jenazah agar dia diampunkan, ditetapkan imannya dan dilepaskan dari azab kubur. Nabi yang suruh.

    Ni kita nak lalu dekat kubur siang2 pun takut. di atas kubur ada roh2. orang yang beriman naik ke langit, namun ada roh2 yang Allah tidak buka pintu langit untuk dia. Tu yang ada roh2 yang berkeliaran di kubur. Ulama kata, kalau solat sorang2 time malam2 kat masjid, boleh niat jadi imam, untuk imamkan jin2 Islam.

    Maka yakinlah mayat itu mendengar walau bunyi selipar digesek meninggalkan tanah perkuburan. Kalau nak ziarah kubur, beri salam 2 kali, sekali masa di pintu masuk, sekali lg masa di depan kubur yg kita nak pegi tu. kalau lalu dekat kubur, beri salam sekali sudah memadai.

    Selingan: masa maghi tadi ingatkan masjid penuh suku je. Rupanya penuh jugok. Alhamdulillah, anda semua pilihan Allah. Masih ada yang utamakan majlis ilmu daripada bola.

    Jangan takut lalu atas kubur, walaupun malam, bagi salam. mayat lebih mendengar daripada kita. dalil hadis panjang masa perang badar, nabi bercakap dengan mayat tentera musyrikin, sahabat tanya diorang dengar ke? nabi jawab, mereka sungguh mendengar, dalam riwayat lain, mayat itu lebih mendengar daripada kamu.

    Doalah agar kita termasuk dalam kalangan di belakang barisan nabi di padang mahsyar. orang yang buat kesalahan, akan diazab di kubur, haiwan2 boleh mendengar suara mereka yang sedang diazab. hadis sahih bos..

    manusia kalah segalanya dengan haiwan, kecuali akal. tu pasal jangan sombong diri, kena muhasabah diri. kita berenang kalah dengan ikan lumba2. kita menyelam kalah dengan ikan bilis. kita berlari kalah dengan harimau kumbang. cuma kita menang akal sahaja. tak penah lagi jalan2 nampak beruk main galaxy note. bila dengar ayam berkokok pagi2, doa mintak keberkatan.

    Kubur adalah perjalanan ke akhirat. Trip yang terakhir sebelum dihimpunkan di padang mahsyar. VIP alam kubur yang tidak akan disoal di dalam kubur ialah Rasul2, nabi2, wali2 Allah, bayi yg mati, orang syahid, dan orang gila. Aisyah ra meriwayat, nabi tidak pernah tinggal doa minta elak fitnah kubur tiap kali sebelum beri salam dalam solat.

    SOAL JAWAB

    1- Saya dan orang sebelah makmum masbuk, tertinggal 1 rakaat. lepas imam beri salam, orang sebelah yg tertinggal rakaat sama undur ke belakang dan tepuk saya jadi imam. Boleh ke macam tu?
    J- Ulama jawab, boleh.

    2- Mana lebih utama, sedekah atau waqaf?
    J- Dua2 utama. ada ulama kata sedekah, ada ulama kata waqaf. bergantung pada apa yang kita infaqkan dan nilainya. Tak yah risau mana lebih utama, sebab Allah yang bayar. tiada orang yang Allah bayar murah dalam kebaikan.

    3- Boleh ke air wuduk di-recycle jadi air mandi atau pam tandas?
    J- Air mustakmal, bukan air najis. boleh guna untuk selain angkat hadas (besar/kecil). boleh buat minum, basuh baju, pam tandas.

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 48679510

    4- Duduk lelaki perempuan ramai2 dalam sebuah rumah, hukumnya. (Soalan dari London, UK)
    J- Tak boleh nak cakap haram terus, sebab adakalanya harus sebab orang datang beraya rumah kita, atau datang makan2 di rumah kita, ada jamuan ke apa ke. haram jika memang duduk di situ bersama, atau boleh menimbulkan fitnah. Lihat pada tujuan dan situasi

    5- Hukum pegang jawatan dalam kelab, kelab tu selalu anjurkan aktiviti haram dan maksiat (Soalan dari London, UK)
    J- Yang menganjurkan, dia bertanggungjawab. tak kira presiden ke, SU ke, bendahari ke, kena engkar dan bantah, kata tak setuju. Kalau program itu jalan jugak, kita tak berdosa sebab dah berusaha melepaskan diri.

    6- Saya umur 30, rasa nak kahwin tapi tak berapa nak sayang kat orang perempuan. camne tu?
    J- Hukum kahwin ada banyak. ada wajib, sunat, makruh, haram. Makruh orang2 camni kawen, yang mampu, tapi takde rasa nak kahwin (mengasihi pasangan). jawapannya, mung kawen dulu, baru tau sayang ke tak sayang, sampai tak tubik rumah.

    7- Hukum ragu2 ketika baca Al-Quran
    J- Ragu2 terhadap tajwid kita baca, takde masalah. usaha perbetulkan tajwid. Ragu2 terhadap isi kandungannya, haram. Kan Allah dah kata, tiada keraguan pada Al-Quran. berdosa besar kalau ragu.

    8- Saya suka puisi ketuhanan. boleh ke olah puisi2 ni jadi lirik lagu dan jual, dinyanyikan oleh lelaki?
    J- Boleh, dibenarkan, jika niat nak tarik manusia dari leka dengar lagu2 yang lagha kepada dengar lagu ketuhanan. jangan atas sebab nak untung atau komersil.

    9- Apa status ahli kitab zaman sekarang? (Soalan dari London, UK
    J- Hanya mereka yang ikut Taurat dan Injil sebenar yang benar2 sahaja dikira ahli kitab

    10- Hukum kahwin dengan ahli kitab (Soalan dari London, UK)
    J- Jumhur ulama kata boleh, lelaki kahwin dengan wanita ahli kitab. wanita islam kahwin dengan lelaki ahli kitab tak boleh. ada juga syaratnya, wanita ahli kitab tu mestilah dari keturunan bani israel, iaitu dari keturunan nabi yaakub.

    11- Hukum ceburi sukan bina badan, adakah dikira mengubah ciptaan Allah?
    J- Harus jika nak besarkan badan sebab terlalu kurus keding atau nak takutkan musuk islam. haram jika tak tutup aurat. haram kalau terlalu besar sampai nampak berketul2, kata setengah ulama sebab dikira mengubah ciptaan Allah. haram kalau sebab nak angkuh, sombong, bermegah, atau nak tunjuk power.

    12- Hukum baca surah dalam hati tanpa lafaz untuk ilmu pendinding diri. contoh, baca Al-fatihah 7 kali dalam hati, dalam 1 nafas ditarik.
    J- Jangan amal.

    13- Cincin ada khadam. dikeluarkan dan dibaca ayat Al-Quran sebagai wafaq pelindung diri/kebal
    J- Sihir. tak wujud ilmu kebal dalam islam selain doa pada Allah. Jangan percaya, karut je. sahabat2 zaman nabi berperang pun takde ilmu kebal. semuanya dengan doa.

    14- Hukum beri makanan yang tak halal sebab ada campur wine pada orang bukan islam (Soalan dari London, UK)
    J- Yang haram macam khinzir, haram beri kepada orang kafir sekalipun, sebab Allah haramkan kepada sekelian manusia. Makanan yg bercampur dengan wine dan gelatin, setengah2 ulama kata boleh beri pada bukan islam.

    15 - Hukum beri baju lengan pendek pada orang bukan islam, sebab sekarang dah taubat nak tutup aurat. dosa tak kalau dia pakai depan khalayak? (Soalan dari London, UK)
    J- Ikut hukum warak, jangan bagi. Ikut hukum fiqh, boleh bagi tapi pesan awal2 jangan pakai depan khalayak atau bukan mahram.

    16 - Di negara luar, apa hukum hidup bercampur orang islam dan bukan islam dalam 1 rumah? (Soalan dari London, UK)
    J- Jika boleh elak, makruh. Jika tak boleh elak, harus.

    17- Hukum wanita pakai celak terlalu menarik perhatian lelaki
    J- Hukum asal, harus bagi lelaki atau wanita pakai. kalau dia pakai, lelaki memang tertarik, sebaiknya jangan pakai dah. atau pakai sedikit sangat sahaja bagi membentuk mata dan mencerahkan mata.

    18 - Lewat bangun 7.30pg, ambil wuduk nak solat, tiba2 ternampak isteri, jadi jimak dulu. kemudian baru mandi wajib dan solat. hukumnya?
    J- Kalau belum masuk solat, belum selesai takbir, nak batalkan hasrat solat tak haram. makruh sahaja. tetapi, bagi kes bangun lambat, wajib solat segra sebab bangun lambat. orang yang bangun lambat wajib solat ketika sedarnya dengan segera.

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 57713110

    19 - Hukum derma organ untuk jadi bahan pelajaran (Soalan dari London, UK)
    J- Haram, melainkan tidak memudaratkan kita. contoh, derma sebelah buah pinggang kepada orang yang sakit yang memerlukan buah pinggang. Haram juga ambil organ dari mayat manusia, sebab nabi larang menyakiti mayat.

    20- Hukum tanam mayat tak sempurna sebab organ tak cukup.(Soalan dari London, UK)
    J- Mayat terseksa. tak boleh. kalau pesakit kencing manis kena potong kaki pun, wajib tanam segera.

    21- Puasa nazar kena berlafaz atau dalam hati sahaja? dan cara niat. (Soalan dari London, UK)
    J- Wajib berlafaz. kalau dalam hati sahaja, ia bukan nazar, ia niat. sebut "Aku bernazar.." atau "wajib ke atas diriku jika berlaku.."
    niat - lintasan hati sahaja memadai, "esok nak puasa nazar lah". sah.

    22 - Saya penyembelih. dah putus urat halkum dan marih, tapi lembu masih hidup. nak buat camne?
    J- Boleh putuskan kepalanya terus untuk memastikan matinya. hukum asalnya makruh putus kepala terus. kalau hidup lagi jugak, jangan makan. tu jin tu. wakaka

    23- Camne nak hilangkan bau kambing?
    J- Mentang2 boleh tanya soalan, sume benda nak tanye aku. mane ar aku tahu.

    24- Jika nak jimak 2nd round, kena mandi wajib dulu ke atau wuduk je? saya konfius.
    J- Tak wajib mandi, sunat berwuduk

    25- Saya berjemaah, ketika rakaat kedua, saya tak ingat niat makmum. perlu batalkan solat tak? sah tak solat?
    J- Tak perlu. jadi solat sorang2. sah solat.

    26 - Hukum orang islam kutuk orang bukan islam.
    J- Boleh kutuk pada benda2 yang ada nas dalam al-quran atau hadis. tak boleh kutuk sebarangan.

    27- Maksud qadha dan qadar
    J- Ketentuan Allah tentang kehidupan kita dari awal sampai akhirat, tentang segalanya.

    28- Orang muslim mempunyai rambut korea, tiap kali dia sujud dia selak rambut. adakah pergerakan besar? batal tak solat?
    J- Sekali pergerakan tak batal. 3 kali yang berturut2 baru batal. sebaiknya pakai kupiah/songkok/serban.

    29- Minta pada Allah agar dijodohkan dengan si polan tertentu
    J- Boleh, asalkan jangan bini orang.

    30- Maksud masjid di rumah/ memasjidkan rumah.
    J- Jadikan rumah seperti masjid. ada orang solat, ada orang baca al-quran, ada orang berselawat, majlis ilmu, dll.

    31- Boleh tak kita bina satu bilik di rumah, niat nak buat masjid, dan nak iktikaf dalam tu?
    J- Boleh. ulama kata, siapa bina masjid walau sebesar sangkar burung, dapat fadhilat masjid. niat ni dipuji syarak, tapi jangan lupa berjemaah bersama kariah di masjid.

    32- Camne nak nasihat kawan yang LGBT? Dah nasihat tapi tak jalan. (Soalan dari London, UK)
    J- Tazkirah, beri peringatan, teruskan nasihat. mudah2an Allah buka hati dia. ubah2 cara nasihat. jangan cara yang sama je.

    33- Camne nak pastikan hadis tu sahih ke tak? dalam kitab fadhilat amal ramai kata banyak hadis tak sahih dalam tu. (Soalan dari London, UK)
    J- Kena faham, hadis tak sahih tak semestinya palsu. ada hadis hassan, ada hadis dhaif. dia ada kekurangan dari segi sanadnya. hadis hassan boleh digunakan sebagai hujjah macam hadis sahih. dalam fadhilat amal, banyak hadis dhaif, tapi tak semua la. boleh diamalkan. takde masalah.

    34- Berkenalan dengan gadis kelantan, nak kahwin, tapi mak dia tak suka dia kahwin dengan lelaki yang bukan dari kelantan. camne?
    J- Mak bukan wali. buat ape nak ikut cakap mak, mak takde hak dalam pernikahan anak. tak wajib ikut cakap mak. kalau wali setuju, nikah je. masyarakat kita kena ubah ni. tak suka orang bukan kelantan, cer try kawen dgn angkatan tentera. wakaka

    35- Hukum letak dialog pada gambar ustaz, dialog yang ustaz tak pernah cakap.
    J- Berdosa orang buat camtu, berhati2 lah sesiapa yang membacanya.

    36- Buat surau dirumah, tapi tak imarahkan masjid/surau yang berdekatan.
    J- Tak buleh, langgar peranan syiar Islam.


    VIDEO




    Last edited by Sufian on Thu Feb 28, 2013 4:52 pm; edited 1 time in total
    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty NOTA RINGKAS KULIAH KHAS 21 OKTOBER 2012

    Post by Admin Thu Feb 28, 2013 4:48 pm

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 57858010

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 28222510

    NOTA KONGSIAN

    Ustaz Azhar Idrus. Kuliah Maghrib – Masjid Al-I’tisam, TTDI Jaya, Shah Alam
    [21 Oct 2012]

    Sambungan kitab Anak Kunci Syurga muka surat 29, kitab jawi muka surat 16.

    Wajib kita yang beriman percaya bahawa Allah beri nabi kolam di akhirat nanti. Firaun, Mamluk, ada kolam di dunia, tapi di azab di akhirat. Nabi dulu tiada kolam. Tapi Allah beri kemewahan pada baginda di akhirat nanti. Kolam itulah kolam kautsar.

    Perjalanan dari hujung kolam ke hujung lagi satu, ambil masa 1 bulan perjalanan. Warna air kolam itu lebih putih daripada susu. Ia kolam air untuk diminum. Bukan sekadar hiasan. Ia lebih wangi daripada kasturi. Minyak wangi paling wangi di dunia ialah kasturi, nabi sabut. Pencedok dan gelas untuk minum bilangannya seperti bintang di langit. Siapa yang akan dapat minum? Umat Nabi Muhammad saw.

    Orang yang masuk syurga dapat minum air kolam tu. Hanya orang2 beriman sahaja masuk syurga. Orang kafir yang tidak beriman tak dapat masuk syurga. Jangan pertikai perbuatan Allah “eh, tak adil la orang kafir tu buat baik tapi tak masuk syurga”. Jangan cakap Allah tak adil. Bumi ni hak Allah, terpulang pada Allah lah nak buat apa-apa pun. Orang kuat solat, orang pergi haji, orang banyak sedekah, kalau Allah nak campak dia masuk neraka, Allah boleh tak? Boleh.. sebab ia hak Allah. Jangan komplen. Do you think this planet belongs to your grandmother?

    Kata Imam Nawawi, orang Islam itu semua Allah kasih, meskipun fasiq yang mengerjakan dosa, hanya disebabkan permata yang berharga, iaitu iman kepada Allah dan RasulNya. Orang2 yang boleh masuk syurga, diberi minum dulu air kolam tu.

    Sahabat tanya pada nabi, di syurga nanti, nabi akan kenal para sahabat, sebab pernah berjumpa. Jadi, bagaimana nabi nak kenal umatnya nanti, sebab tak pernah berjumpa? Nabi tanya semula, “kalau kamu ada seekor kuda yang kepalanya putih, yang berada di kalangan banyak kuda2 serba hitam, dapat kenal tak mana satu kudamu?” sahabat2 mengangguk. Baginda menyambung “begitulah umatku, anggota wuduk untuk solat, akan bercahaya di hari kiamat”. Kemudian ada antara mereka ditahan oleh malaikat. Tidak dibenarkan menghampiri telaga nabi. Malaikat berkata kepada nabi, ada antara mereka ni yang solat, tapi ubah hukum2 Allah, me-reka2 hukum yang tidak dibenarkan agama dan menyesatkan.

    Yang melakukan dosa, pernah mencuri, zina, judi dan lain2, boleh minum telaga nabi. Tapi golongan yang hina agama, reka/ubah hukum agama yang tidak dibenarkan syarak ni, tak dapat minum. Contoh, golongan yang solat pakai niat sahaja, golongan yang halalkan riba, pinda/ubah hukum2 yang berkaitan dengan perundangan mahkamah. Contoh, kalau ada seorang laki budak kampung curi 6 biji telur, dipenjara 3 bulan kerana mencuri. Tapi ada datuk tu seleweng RM9.2juta, penjara sehari je. Orang2 ni lah yang tak dapat minum telaga kautsar, dan merekalah yang dalam perjalanan menuju ke neraka.

    Hadis~ akan ada orang selepas aku nanti, diberi kuasa untuk menjadi pemimpin, tapi mereka lakukan kezaliman dan penipuan. Siapa yang bantu pemimpin tu dalam menyokong kezaliman dan penipuan yang dilakukan, mereka bukan dari umatku dan aku bukan sebahagian daripada mereka. Dan mereka tidak dapat minum air dari telaga ku.

    Kalau nak minum telaga, letak nabi di tempat paling tinggi. Kerana nabi lah yang paling tinggi pangkatnya pada sekalian manusia. Allah pilih nabi jadi rasul sejak azali. Bukan manusia yang pilih nabi. Siapa kata diri dia lebih hensem dari nabi yusuf, kafir serta merta, kata ulama. Sebab nabi2 dan rasul2 adalah orang yang paling sempurna dan paling benar di zamannya. Nabi Ayub manusia yang paling benar di zamannya. Nabi Isa manusia paling benar di zamannya. Nabi Muhammad saw manusia paling benar di zaman kita.

    Orang yang boleh beri syafaat (rekemen) pada Allah supaya orang tertentu masuk syurga ialah Rasul2 Allah. Raja dan menteri tak boleh beri. Nabi2 dan Rasul2 sahaja boleh beri syafaat. Orang yang paling rapat dengan nabi, ialah orang yang banyak berselawat. Ada seorang syeikh di arab, berselawat 70,000 kali lepas solat subuh sebelum terbit fajar. Beliau mimpi jumpa nabi setiap malam jumaat.

    Ada orang sekarang amal ilmu mengarut. Baca zikir 70 juta kali, tenung gelas je bleh pecah. Baca ayat tertentu 40,000 kali, boleh jalan atas air. Ni semua mengarut. Zikir bukan kerana sayang Allah,tapi sebab nak kelebihan2 yang mengarut.

    Zaman leni, orang yang berkuasa, halang pulak ceramah agama di masjid, puak2 yang bersekongkol dengan syaitan. Syaitan berjaya hasut dia jadi geng dia. Orang yang tak datang kuliah tapi tak benci dan tak halang kuliah diadakan, okey lagi. Bukan musuh agama. Tapi golongan2 yang halang ni, tak beri ceramah agama dijalankan, bila mati mintak tok imam masjid talkin dan tahlil. Kepala hotok mung! Banyak chantek muka mung!

    Syaitan2 bisu – ulama yang mendiamkan diri terhadap hukum2 yang patut diberitahu, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. Setiap pendapatannya adalah pelaburan neraka. Ulama2 tak tegur pemimpin2 mereka yang isteri pemimpin2 tu tak tutup aurat. Ulama2 haramkan pula demonstrasi aman, padahal tiada larangan dalam Islam selagi tak buat kacau bilau. Ilmu fardhu ain wajib tidak disembunyikan. Wajib disebarkan dan diajar.

    Ada orang mengata, ustaz2 yang berceramah haram terima wang dari pihak surau/masjid. Imam Syafie syarah di depan khalifah2, dibayar 10,000 dinar emas. Imam Hambali diberi satu karung emas sebab ada orang kaya suka dengar ceramah Imam Hambali. Dah tu, haram kepala hotok mung! Ulama2 muktabar tu lagi tinggi ilmu dari mung, ni baru ada ilmu belajar 5 tahun kat universiti, dan berlagak jadi ulama.

    Kalau kita berdosa, tak nak diungkit di akhirat lagi, padamkan dengan taubat. Free of charge. Nescaya Allah ampunkan jika kita ikhlas dan benar2 taubat. Hanya 2 cara je dosa itu dihapuskan. Pertama, dengan taubat. Kedua, dengan dibersihkan di neraka. Orang islam masuk neraka untuk dicabut dosanya, kemudian masuk syurga. Kalau mung pernah berzina tak pernah taubat, kemaluan mung dibakar je. Sampai masa dah selesai, masuk la syurga. Orang kafir je yang kekal diazab selamanya.

    SOAL JAWAB

    1- Jelaskan “agama dan politik tidak dapat dipisahkan” sebab ada orang zaman sekarang memisahkan kedua itu.
    J- Islam ni syumul. Meliputi semua perkara. Tak tinggal sikit pun. Politik, ekonomi, perundangan, kanun enakmen jenayah, semua ada dalam Islam. Semua ada rujukan dari Al-Quran dan hadis dan qiyas ulama.

    2- Sah tak solat kalau tak buat sunat ab’adh dan tak buat sujud sahwi
    J- Tak buat, sah solat, kurang pahala. Sunat sujud sahwi untuk menampung pahala yang terkurang tadi, tapi kalau tak nak buat sujud sahwi pun tak apa. Sah juga solat dalam keadaan pahala terkurang.

    3- Hukum wanita pakai tudung labuh, tapi letak gambar macam2 gaya mimik muka.
    J- Apa yang boleh diperlihatkan di luar, sama lah juga dengan macam dalam gambar atau internet. Kalau menimbulkan fitnah, mimik2 muka yang menggoda, muka2 yang menarik perhatian ajnabi, haram, walau tutup aurat sempurna dah.

    4- Sujud atas ridha’, sah tak solat?
    J- Tak sah solat. Dahi jangan tertutup dengan pakaian yang dipakai oleh kita. Kalau tertutup dengan kain orang sebelah, takpe. Sebab bukan dipakai kita. Pakai sarung tangan, stokin, kasut, sah solat. Tapi hanya dahi yang tak boleh berlapik. Sujud atas rambut yang menutupi seluruh dahi, tak sah solat. Macam rambut korea.

    5- Dalam 1 program, fasilitator menyorok seorang peserta. Dan fasilitator tu suruh peserta2 lain semua solat hajat untuk doa agar jumpa orang yang kononnya hilang tu. Apa hukum?
    J- Ni dah dikira bermain2 dengan ibadah. Dilarang dan haram perbuatan itu.

    6- Syurga ada tahapnya, neraka pun sama. Kalau suami isteri berlainan amalan, adakah akan bertemu?
    J- Nabi kata, suami isteri tetap suami isteri di syurga nanti. Kalau dua2 dalam syurga, akan bertemu walaupun lain2 tingkatan syurga. Kalau suami dalam neraka, isteri dalam syurga, lepas suami keluar dari neraka, ulama kata akan jumpa juga semula, kecuali mereka yang tidak beriman atau jadi kafir, diazab selamanya di neraka.

    7- Hukum minum kopi musang, kopi yang diberi makan musang,kemudian dia berak. Ambil kopi dari najis dia tu.
    J- Ulama kata, kalau memang musang makan, butir kopi tu tetap keras, tak ubah bentuk seperti masa musang tu makan, boleh minum kopi tu selepas dibasuh. Kalau berubah bentuknya antara sebelum dan selepas musang tu makan, tak boleh minum. Mung gi masuk hutan, nak jumpa taik musang pun susah. Daripada 1000 tahi musang, ade 2-3 taik yang ada kopi. 1 taik tu pun ade 2-3 butir je kopi. Mung caye ke syarikat kopi tu yang keluarkan beratus2 paket kopi sehari?

    8- Arak ni kalau kena kulit, kena samak tak?
    J- Ia najis mutawassitah, sama macam kencing. Hanya perlu basuh dengan air mutlak.

    9- Baca doa masuk/keluar tandas, doa makan, dalam hati boleh tak? Tak berlafaz
    J- Nabi dulu baca berlafaz. Tapi boleh baca dalam hati, tapi yang terbaik afdhal ialah berlafaz.

    10- Saya jumpa orang yang baca kuat dalam solat, selang 7-8 orang pun boleh dengar lagi. Tolong jelaskan kat dia, malam ni dia ada datang.
    J- Baca kuat tak boleh. Baca perlahan sangat pun tak boleh. Syaratnya sekadar didengari oleh telinga sendiri sahaja. Kalau orang sebelah terdengar, dimaaf. Tapi kalau orang selang 2-3 buleh dengar, tak boleh camtu.

    11- Imam suruf rapat saf, tapi orang sebelah saya macam pokok kelapa ditiup angin, bergerak2 sampai kadang2 saya pun ikut bergerak sekali.
    J- Kalau dia sengaja, batal solat. Kalau sebab penyakit atau orang tua yang tak dapat nak stabilkan badan, dimaaf. Nak tengok dia sengaja ke tak, tengok lepas habis solat, sama tak. Kalau lepas solat dia sama jugak, takpe. Kalau boleh je berdiri okey, mu katok kepala dia dengan tukul.

    12- Solat jumaat, imam baca khutbah, saya solat sunat 2 rakaat, ada orang kata haram.
    J- Haram solat apa2 pun apabila khatib dah mula baca khutbah kecuali solat tahiyyatul masjid.

    13- Ramai orang solat duduk atas kerusi, sampai makan tempat sujud saya di belakang dia, kadang2 saya terhantuk kerusi dia.
    J- Punggung orang solat duduk mesti sama dengan punggung orang sebelah, bukan kaki. Jadi, tak makan saf orang belakang. Kalau solat berdiri je kena sama tumit.

    14- Saya kerja tukang sapu dalam bas, saya jumpa barang yang haram, seperti arak, daging ****. Kena pulangkan pada tuan dia ke atau boleh jual tak?
    J- Jumpa benda haram, ulama kata kena musnahkan.

    15- Mak saya janda dan ingin berkahwin. Batal wuduk tak isteri saya dan ayah tiri saya (suami baru mak)
    J- Mahram sebab dia dah berkahwin dengan mak kita. Jadi tak batal wuduk dia sentuh isteri kita.

    16- Sebagai guru, mana lebih banyak pahala. Ajar orang normal atau orang OKU?
    J- Tak yah balah mana satu banyak pahala, sebab Allah yang bayar. Allah bayar tiada yang murah.

    17- Ajar matematik (cikgu matematik) dapat pahala tak?
    J- Matematik ni ilmu fardhu kifayah, dapat pahala.

    18- Kerja syarikat pasang telefon, pernah pasang di syarikat edar arak. Apa hukumnya?
    J- Kalau telefon tu memang khas untuk pesan arak, haram. Kalau telefon tu umum, ada guna untuk call anak bos, isteri bos, kawan2, dan lain2 juga, tidak haram lagi menurut sesetengah ulama.

    19- Anak bini yang redha suaminya pergi jihad, apa balasan dari Allah.
    J- Dapat keredhaan dari Allah juga. Syurga.

    20- Orang tanggung hutang boleh ke pergi jihad? Ada orang kata kena langsaikan dulu hutang tu.
    J- Ada ulama kata, kena minta izin orang yang memberi hutang baru boleh pergi. Buat perjanjian dengan dia, kalau aku mati, langsai hutang. Kalau aku hidup, aku bayar. Ada ulama lain kata boleh pergi terus, tapi sebaiknya langsaikan dulu.

    21- Ada orang yg mempunyai tanda hitam di dahi pada lelaki. Tapi kenapa takde pada perempuan?
    J- Mane la aku tahu. Jangan anggap ia bawa apa2 makna, kononnya dia kuat ibadah, ahli syurga. Sebab ni dahi2 orang sensitif kulit.

    22- Masa muda tertinggal puasa 10 hari. Berapa fidyah kena bayar? Mana patut diutamakan dulu? Fidyah atau ganti?
    J- Dua2 kena buat. Jawapannya, tengok tahun bila mung tinggal. Fidyah berganda ikut tahun yang ditinggalkan. Qadha puasa pula sama sahaja 10 hari.

    23- Bini tengan sarat mengandung. Dia tak larat, boleh tak saya lakukan onani? Apa hukum saya lakukan ini?
    J- Tak boleh jugak, haram, kerana isteri masih boleh digunakan. Dalam Islam, mengeluarkan mani dengan tangan isteri tidak haram. Suh isteri guna kaki pun buleh. Kepit celah dua tapak kaki dia.

    24- Hukum pakai jersi ada lambang salib
    J- Kalau jelas, haram. Kalau kecik sangat, tidak jelas dari pandangan salib tu, dimaafkan. Tapi dari sudut warak, jangan la pakai sebaiknya.

    25- Baju ada nama Christiano ronaldo. Haram tak pakai?
    J- Nama dia bukan ajaran kristian. Boleh pakai, tapi untuk elak fitnah dan dari sudut warak, jangan la pakai sebaiknya.

    26- Berkat tak kalau tuntut ilmu dari orang yang pro kerajaan?
    J- Siapa yang cenderung kepada orang zalim, tiada berkat dan kebaikan padanya dan orang yang menuntut ilmu darinya.

    27- Ibu sendiri hantar sihir supaya saya dan isteri bercerai berai
    J- Jangan yakin kuasa sihir. Syirik kalau percaya kuasa sihir lebih berkuasa dari Allah. Cukup sekadar yakin sihir tu wujud. Mak macam tu mak tak guna. Setanding dosanya dengan sembah berhala. Ada pendapat ulama kata wajib dibunuh orang2 camni, ada ulama kata kena dibuang negeri, dipenjara seumur hidup. Doa pada Allah banyak2.

    28- Hukum mandi bunga untuk buang sihir
    J- Kalau yakin perbuatan tu jadi pelindung, syirik. Kalau solat hajat, doa banyak2, dan pastu nak mandi bunga saje2, takde masalah.

    29- Atuk mati tinggalkan harta. Anak atuk yang dah mati dapat harta tak?
    J- Yang dapat hanya anak2 yang belum mati.

    30- Cerita keburukan yang orang tu buat, kena minta maaf pada orang tu tak?
    J- Kalau cerita tu betul, wajib minta maaf. Kalau cerita tu tak betul, dah ada 2 dosa, iaitu sebar cerita tak betul dan mengumpat. Rujuk surah Al-Hujurat ayat 6.

    31- Camne nak elak riak/takabbur/ujub?
    J- Hasutan dan bisikan dalam hati tu dari syaitan. Kena kawal diri daripada riak dan takabbur. Jangan layan bisikan tu.

    32- Boleh tak letak nama anak “Baihaqi” sempena imam baihaqi. Saya search kat internet kata tak boleh letak nama seperti itu sebab ia nama sebuah tempat di Iran.
    J- Tak salah jika maksudkan dengan Imam Baihaqi, walau bukan nama sebenar dia. Amik sempena nama gelaran kehebatan ulama hadis dan fiqh. Letak nama tempat di Iran pun tak salah. Yang salah ialah letak nama yang haram. Letak nama Light of Heaven bin Ahmad pun boleh.

    33- Hukum darah pada buih berus gigi masa memberus gigi.
    J- Bila gosok gigi, gusi kita berdarah. Kalau sedikit takpe, dimaaf, sah solat, sebab ia benda yang sukar dijaga. Kalau banyak, kena ludah dan kumur.

    34- Betul ke aurat wanita termasuk leher di bawah dagu?
    J- Ya. Jumhur ulama mengatakan seperti itu. Pendapat lemah kata bawah dagu sebelum sampai tekak tak aurat lagi. Sebaiknya ikut pendapat jumhur sebab pendapat yang kata bukan aurat tu lemah sangat. Sebaiknya tutup molek kat hujung dagu.

    35- Adakah apa2 amalan ulama cara kekalkan wuduk lama? Sebab saya selalu terkentut. Membuatkan saya selalu berwuduk sekali sahaja tiap anggota
    J- Tak tahu aku. Anugerah Allah. Ada orang mudah kentut. Ada orang susah kentut.

    Hadis~ 2 kali wuduk bertindih, yakni orang tu ada wuduk, dia ambil wuduk lagi, wajah dia lebih semakin bercahaya di akhirat. Jadi, takde masalah banyak kali ambil wuduk.

    36- Jelaskan tentang perbuatan dibukukan Al-Quran. Adakah bidaah? Bolehkah dipanggil bidaah hasanah?
    J- Ijma’ul sahabat. Lebih 30 sahabat al-hafiz yang bantu kitabkan Al-Quran, jadi ia mutawwattir. Disarankan oleh Umar, tapi tak sempat disiapkan sebab terlalu sibuk memerangi puak murtad. Jadi kitab ni disiapkan pada zaman Uthman, tu pasal dipanggil Al-Quran “resm Uthmani”. Takde hadis yang suruh mahupun larang dibukukan dan dikumpulkan Al-Quran. Kalau mereka tak bukukan Al-Quran dulu, pasti ramai umat Islam hari ni tak tahu isi Al-Quran. Takyah baloh la perbuatan tu sunnatul sahabat ke bidaah hasanah ke. Lain2 ulama ada pendapat masing, yang penting ia tidak salah di sisi syarak.
    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty kuliah Dhuha TG Haron Din di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi pada 21 Oct 2012

    Post by Admin Thu Feb 28, 2013 5:01 pm

    Assalamualaikum. Alhamdullillah sedikit perkongsian ilmu kuliah Dhuha TG Haron Din di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi pada 21 Oct 2012. Moga2 bermanfaat bt kite semua.

    Download link :-
    Kuliah Dhuha : http://www.mediafire.com/?sbb1ta7rqi7kv92
    Sessi Soal Jawab :http://www.mediafire.com/?tf6319skqgayyvv

    Sumber dr https://www.facebook.com/pages/Surau-...ref=ts&fref=ts

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 58083910

    Alhamdullillah sedikit perkongsian ilmu kuliah Subuh Ustaz Abd Mutalib Maarof di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi pada 21 Oct 2012. Moga2 bermanfaat bt kite semua.

    Tajuk : Munyatul Musolli

    Download link :http://www.mediafire.com/?7m7a0402wd3ea3d
    Sumber dr https://www.facebook.com/pages/Surau-...ref=ts&fref=ts
    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty Nota Kongsian Ustaz Nazmi Karim. Kuliah Maghrib – Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya [30 Oct 2012]

    Post by Admin Thu Feb 28, 2013 5:07 pm

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 010

    Tajuk: Tafsir Surah Yusuf, ayat 58-100
    Kuliah dimulakan dengan Asma’ul Husna

    Bacaan ayat 58-100

    Allah takdirkan Nabi Yusuf jadi menteri kewangan Mesir. Nabi Yusuf dikenali ramai sebagai orang yang sangat jujur. Nabi Yusuf tawarkan diri untuk jadi menteri kewangan masa tu. Maka atas sebab ini, Islam membenarkan kita menawarkan diri untuk sesuatu jawatan, asalkan yakin dengan diri kita boleh buat dan laksanakan tanggungjawab tu dengan sebenar-benarnya.

    Jadi masa tu, beberapa negara di sekitar tanah arab dan afrika dilanda kemarau. Masa ni Nabi Yusuf dah jadi raja. 10 saudara Nabi Yusuf datang ke Mesir untuk minta makanan, mereka tukarkan dengan barang dagangan seperti susu kambing, barang perhiasan dan sebagainya. Kira macam sistem barter la. Saudara-saudara Nabi Yusuf ni tak kenal langsung Nabi Yusuf, sebab Nabi dah kacak sangat, jadi raja pulak tu, pakaian smart. Tak dapat cam langsung yang itu adalah adik mereka yang mereka campak dalam telaga dulu. Tapi Nabi Yusuf kenal mereka.

    Nabi Yusuf bagi makanan dan suruh mereka balik. Tapi Nabi Yusuf pesan, next time kalau nak datang mintak makanan lagi, kena bawa adik mereka lagi sorang (Bunyamin), tapi Nabi Yusuf tak sebut nama sape la. Kalau diorang tak bawak, Nabi Yusuf tak kan bagi apa-apa makanan. Saudara-saudara Nabi Yusuf pun balik ke kampung halaman di Palestin, bawak barang-barang jumpa ayahanda mereka, yakni ayahanda Nabi Yusuf juga, iaitu Nabi Yaakub. Nabi Yaakub bersyukur dan suruh mereka pergi lagi akan datang. Sebab makanan tu akan habis dalam tempoh yang sekejap.

    Tapi anak-anaknya bagitahu, raja Mesir kata kalau nak makanan lagi, kena bawak Bunyamin sekali. Nabi Yaakub mula-mula tak nak benarkan, takut anak-anaknya buat macam kes Nabi Yusuf dulu yang kononnya dimakan serigala, tapi akhirnya membenarkan juga dengan berat hati, sebab itu syarat Raja Mesir. Jadi, mereka pun bergerak satu rombongan lagi ke Mesir diikuti Bunyamin. Sampai di sana, Nabi Yusuf kata nak jumpa Bunyamin je, dan suruh saudara-saudara lain keluar. Dan masa tu lah Nabi Yusuf perkenalkan dirinya kepada Bunyamin. Alangkah terkejutnya Bunyamin ketika itu dan Bunyamin gembira sangat.

    Mereka berdua rancang sesuatu untuk membuatkan Bunyamim terpaksa tinggal di Mesir bersama Nabi Yusuf. Nabi Yusuf plan, kononnya Bunyamin curi barang milik raja, dan terpaksa dihukum jadi hamba di Mesir. Bunyamin setuju, sebab Nabi Yusuf nak Bunyamin tinggal bersamanya, sebab terlalu rindu pada abang kesayangannya itu. Jadi, masa rombongan nak berangkat pulang, ada menteri-menteri tiba-tiba berkata “Siapa nampak teko raja? Ada orang curi..!! Siapa yang didapati bersalah akan dihukum jadi hamba selama setahun..!! Siapa yang dapat kembalikan, dapat hadiah!”

    Cari punya cari, jumpa teko tu kat kenderaan Bunyamin. Bunyamin buat-buat terkejut dan kata dia dikhianat. Kemudian saudara-saudara Nabi Yusuf kata, mereka tak heran kalau Bunyamin mencuri sebab adik dia lagi sorang dulu pun mencuri (Nabi Yusuf). Kesnya, masa Nabi Yusuf kecik dulu, Nabi Yusuf dituduh mencuri anak patung. Makcik-makcik Nabi Yusuf, yakni kakak-kakak Nabi Yaakub minat sangat nak bela Nabi Yusuf ni, sebab comel, cun, cantik, hensem. Dah lama sangat diorang bela, Nabi Yaakub mintak balik anak nya itu, “Dah lama sangat korang bela, aku nak anak aku semula”. Tapi disebabkan makcik-makciknya tak rela nak lepaskan, diorang buat muslihat jahat, sorok patung dalam pakaian Nabi Yusuf. Lepas tu bagi Nabi Yusuf kepada Nabi Yaakub semula, dan tuduh Nabi Yusuf mencuri.

    Nabi Yusuf yang dengar saudara-saudaranya cakap camtu, rilek je tahan marah, ooo.. pandai ye korang mengata aku. Nabi Yusuf pendam dalam hati. Lalu Bunyamin pun ditahan. Dan saudara-saudaranya yang lain risau ayahanda mereka Nabi Yaakub akan marah. Dah lah marah pasal kes Nabi Yusuf hilang tak reda-reda lagi.

    Jadi diorang offer diri diorang untuk ditukarkan dengan Bunyamin. Nabi Yusuf kata, mana boleh, takkan orang lain buat salah, orang lain pulak kena hukum? Tak adil la macam tu. Bunyamin tetap ditahan. Berkatalah saudara yang paling sulung “Aku tak akan tinggalkan Mesir ini sehingga ayah izinkan aku pulang atau sehingga Allah menghukum aku”. Dia suruh saudara-saudara dia yang lain pulang dah cakap kat ayah, Bunyamin mencuri dan ditangkap raja.

    Jadi mereka pun balik dengan saudara sulung tinggal kat Mesir. Mereka bagitau Nabi Yaakub, “ayah, Bunyamin mencuri barang raja. Kalau tak caye, bleh tanya geng-geng rombongan kita yang ikut masa tu.”. Nabi Yaakub kata “bahkan kamu ada menyorok sesuatu. Semoga Allah akan kembalikan padaku kesemuanya”.

    Ada ulama kata Nabi Yaakub tak jumpa Nabi Yusuf 40 tahun, ada ulama kata 83 tahun. Tapi Nabi Yaakub tak pernah putus asa. Nabi Yaakub berpaling dari anak-anaknya dan berkata seorang diri “sedihnya mengenangkan Yusuf”. Nabi Yaakub sayang sangat kat Nabi Yusuf ni, ulama kata sebab Nabi Yusuf ni sangat soleh, patuh, taat, akur, tak membantah sikit pun. Sedih sangat Nabi Yaakub sampai putih mata (buta) Nabi Yaakub sebab menangisi kehilangan Nabi Yusuf. Beliau tahu kisah Nabi Yusuf dimakan serigala tu palsu. Saudara Nabi Yusuf bawak balik baju Nabi Yusuf yang berdarah dan beri pada Nabi Yaakub, kononnya Nabi Yusuf dimakan serigala. Baju berdarah, tapi tak koyak. Ada ke serigala nak makan orang, dia suruh bukak baju dulu?

    Tapi Nabi Yaakub tak marah walau dia tahu itu tipu. Nabi Yaakub adalah contoh ayah paling baik kepada anak-anaknya. Sangat lembut dan tak pernah marah walau sikitpun. Anak-anak Nabi Yaakub pelik, kenapa ayah mereka duk sebut-sebut lagi kisah Nabi Yusuf sedangkan kes tu dah lama. Mereka kata ayah macam nak merosakkan diri sendiri, duk ingat Nabi Yusuf sampai tak selera makan, badan kurus, buta mata. Mereka kata tak payah la ingat lagi Nabi Yusuf tu. Tapi Nabi Yaakub jawab dengan lemah lembut “Sesungguhnya aku mengadu kesedihan hanya pada Allah, dan aku lebih tahu apa yang kamu semua tidak tahu. Wahai anak-anak ku, balik semula ke Mesir dan cari Yusuf dan Bunyamin. Jangan putus asa dengan rahmat Allah”.

    Kita ni bisnes lingkup, anak hilang, exam tak pass, jangan sesekali putus asa dengan Allah. Orang sakit kuat, puas berubat tak elok-elok jugak, jangan putus asa, sebab Allah yang beri sakit, Allah jugak akan menyembuhkan. Anak-anak Nabi Yaakub terpaksa akur memandangkan ayahnya yang sudah tua. Mereka pun berangkatlah ke Mesir sekali lagi. Dalam fikiran mereka, nak cari Bunyamin je, sebab pada sangkaan mereka Nabi Yusuf dah mati. Mereka pun mengadap Nabi Yusuf dengan berkata “Tolonglah wahai raja, ayah kami dah semakin sedih lepas dapat tahu Bunyamin ditangkap. Kasihan kanlah kami, kami orang susah, dilanda kemarau pula tu, ayah pula sudah uzur.” Kemudian Nabi Yusuf menangis. Saudara-saudara Nabi Yusuf pelik, kenapa raja ni menangis sesangat ni? Dah termakan ayat diorang ke?

    Nabi Yusuf bertanya “Pernah tak dulu korang buat khianat kat adik korang yang bernama Yusuf? Korang ingat tak?” lalu Nabi Yusuf buka mahkota raja dia, dan ternampaklah parut di kepala Nabi. Ape lagi, terkejut beruk la saudara-saudara Nabi Yusuf ni. “Adakah engkau Yusuf?”. Nabi menjawab “Ya, dan inilah saudaraku Bunyamin”. Lagi terperanjant diorang tengok Bunyamin hidup gembira, tak jadi hamba. Tambah terkejut lagi, sepanjang 2 tahun diorang ulang alik ke Mesir jumpa Nabi Yusuf minta makanan, diorang tak perasan dan tak cam langsung yang raja tu Nabi Yusuf sebenarnye. Pastu Nabi Yusuf pesan “Allah tak akan sia-siakan orang yang bertaqwa pada Allah dan bersabar banyak-banyak.” Itu janji Allah.

    Selingan dari Ustaz Nazmi: Sape yang habis Master kat universiti Al-Azhar, aku respek. Sebab kalau fail walau 1 je daripada 9 subjek, kena ulang semula semua 9 subjek. Ada yang sampai 10 tahun amik Master, duk ulang-ulang. Dah pass semua, baru boleh buat tesis. Kalau tak, bengkak testis ko. Tapi yang bagusnya Universiti Al-Azhar ni, kalau korang dah tahun akhir diploma ke, degree ke, tapi ada fail, korang boleh ulang semester tu. Diorang takkan buang korang kalau dah kat tahun akhir. Sampai kiamat atau sampai korang mati, ulanglah banyak kali pun. Diorang tak buang. Aku dulu buat BA (Bachelor/sarjana muda) senang. Sebab kitorang masa tu lompat terus ke tahun akhir dari tahun 1. Time tu nasib kami memang baik ar. Aku punya susah hati, hafal punya hafal, tapi aku ingat Allah kata takkan sia-siakan orang yang buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Paling saspen kat sana kena hafal 8 juzuk kalau orang melayu. Kalau orang arab kena hafal 30 juzuk. Kalau kita kena jadi orang pertama masa test, nasib tak baik ar. Panjanglah bacaan doktor (prof) suh baca, sampai doktor letih. Sape yang kene last, untung la. Sebab doktor pun dah bateri low. Bacalah apa-apa yang ko nak baca. Aku ape lagi, Qulhuwallahu ahad. Untung giler nasib aku. Member-member lain bengang je, natang mung..!!

    Sambung. Adik-adik Nabi Yusuf cakap, Nabi Yusuf layan diorang baik sangat walaupun diorang pernah buat khianat 40 tahun dulu. Mereka meminta maaf kepada Nabi Yusuf. Nabi Yusuf pun memaafkan mereka dengan berkata “Tiada kesalahan ke atas kamu, dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa kamu”. Sifat terpuji Nabi Yusuf, sangat pengampun walau dendam tu terpendam dah 40 tahun lebih. Macam Nabi Muhammad, memaafkan kafir Quraisy masa umat Islam dah tawan kota Makkah.

    Nabi Yusuf buka baju dia, dan beri pada saudara-saudara mereka. Nabi Yusuf suruh mereka balik, dan letakkan baju tu ke muka ayahnya Nabi Yaakub, insyaAllah akan celik semula mata ayahnya. Dan Nabi Yusuf pesan, bawa semua keluarganya ke Mesir. Di kampung iaitu di Palestin, Nabi Yaakub dah terhidu/tercium bau anaknya Nabi Yusuf walau anak-anaknya baru gerak dari Mesir yang perjalanannya ke Palestin adalah memakan 8 hari. Tapi Nabi Yaakub bimbang anak-anak dan kaum kerabatnya kata dia sudah hilang akal. Dan diorang kata Nabi Yaakub dah nyanyuk.

    Tatkala sampainya anak-anak Nabi Yaakub, mereka meletakkan pakaian Nabi Yusuf ke muka ayah mereka, pop, terus celik mata Nabi Yaakub dengan izin Allah. Itulah mukjizat Nabi Yusuf yang Allah kurniakan. Nabi Yaakub kata, “kan aku dah cakap, aku lebih tahu dari apa yang kamu semua tahu. Yusuf masih hidup!”. Maka masa tu, anak-anaknya pun meminta maaf, dan baru lah pecah tembelang yang disimpan sejak 40 tahun lalu, bahawa diorang pegi campak Nabi Yusuf ke dalam perigi, bukan serigala makan Nabi Yusuf. Nabi Yaakub memaafkan dan berdoa moga Allah memaafkan salah mereka.

    Dan semua bergerak ke Mesir nak jumpa Nabi Yusuf. Sesampainya di sana, ibu Nabi Yusuf dan Nabi Yaakub tunduk sujud pada Nabi Yusuf. Nabi Yusuf angkat ibu bapanya itu ke arasy raja. Dan semua saudara-saudaranya tunduk sujud kepadanya dan ibu bapanya pula. Zaman ni manusia masih boleh sujud sesama manusia. Masa zaman Nabi Muhammad tidak dibenarkan manusia sujud kepada manusia. Dan style sujud masa tu lain, bukan macam sujud dalam solat tu. Nabi Yusuf cakap pada ayahnya ingat tak tentang mimpinya dahulu, 11 bintang, matahari, dan bulan sujud kepadanya. Maka terbuktilah mimpi itu berlaku benar.

    Nabi Yusuf berkata, bahawa Allah telah berbuat baik kepadanya dengan menyelamatkannya dari telaga oleh orang badwi dan dari dipenjara dan ditakdirkan menjadi menteri dan kemudian raja dan ditakdirkan dapat bersatu semula dengan keluarganya. Keluarga Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf serta saudara-saudaranya hidup bahagia. Jadi, jangan putus asa kepada Allah.

    Wallahu’alam
    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty kuliah Subuh Ust Syed Norhisham di Surau Ar-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam pada 21 Oct 2012

    Post by Admin Thu Feb 28, 2013 5:12 pm

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 31120610

    Alhamdullillah sedikit perkongsian ilmu kuliah Subuh Ust Syed Norhisham di Surau Ar-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam pada 21 Oct 2012. Moga2 bermanfaat bt kite semua.

    Tajuk : Pintu-Pintu Syaitan

    Download link : http://www.mediafire.com/?99i6krrk2kyd5af
    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty Kuliah Maghrib Ust Afnan Hamimi

    Post by Admin Thu Feb 28, 2013 5:15 pm

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Afnan-10
    Surah Al Anfal ayat 63.
    - Allah cerita ada segolongan manusia2 yg memberi apa2 nikmat di atas muka bumi kpd org lain utk menarik hati kpd mereka.

    - Kalau di atas muka bumi, kamu cari hasil kekayaan di dunia seluruh isi alam sekalipun kamu bg kat sesorg itu, tp kamu xleh beli hati2 org itu utk menyukai kamu. Kerana Allah humma ya muqallibul qulub, Allah lah yg akan mengubah ht org itu sama ada suka atau tidak.

    - Iman atau akidah xsama dgn duit ringgit, kena yakin dgn sepenuhnya ke atas tauhid kpd Allah.

    - Xkira pemimpin mana pun, yg bg sesuatu kpd rakyat bkn dia yg bg, ttp yg bg hanya lah Allah SWT

    - Jaga2 dgn percakapan kita apabila hendak memuji takut jauh tersasar dari akidah seorang mukmin.

    - Hudud bkn setakat potong tgn ja, smua berkaitan kehidupan dr segi fikah,muamalat, kesihatan, pendidikan, pembangunan, sosial, ekonomi, semuanya Allah cerita dlm Al Quran. Jgn tolak walau 1 ayat.

    - Kita xpelik org bukan islam tolak hudud, tp kita pelik org islam sendiri tolak hudud. Dia bukan islam dia tolak hudud xpa, tp jgn hina hudud,dia hina kita kena lawan, kerana tilka hududullah, inilah hudud Allah bkn hudud sesuatu parti tu.

    - Sebab tu kena blajaq tasawwuf, hati kena kuat,jgn ragu2 dlm ht.. Tkt akidah terbatal. Susah nant di akhirat.

    - Jgn ragu2 dgn hukum Allah, dia dikira berdosa, segala amalan dia bt, solat puasa, bt haji, bgn mlm tahajud, baca quran tetapi ht dia ragu2 dgn perjuangan islam, ragu2 dgn hukum Allah, dia dikira berdosa sepanjang masa.

    - Sebab tu org bkn islam bila masuk islam dia kena mgucap syahadah. Sblm ucap syahadah hati dia kena tau apa itu islam.

    - Islam ajar sampai nak bt jalan raya pun kena ikut syariat, sebab nabi pun pesan bila sesuatu perjalanan ada gangguan di jalan, nabi ajar suruh ubah, kerana dpt pahala.

    - Skrg melambak dah kamera aes kat jalan, xikut syariat membebankan org ramai, bt sesuatu bkn atas dasar peringatan tp mengaut keuntungan semata..

    - Org beli ferrari klu bwa 70kmj lebih baik pakai wira, org kaya xheran setakat kena 300, kita ni majoriti org biasa gaji kecil nak kena byaq saman. Sapa untung?? Klu undang2 yg dibuat mengaut keuntungan tp mereka xboleh menyekat kesalahan org ramai kerana Hukuman berbentuk bayaran semata2 bayar.

    - Sebab tu hukum Allah, Allah sebut "natjaza anbima kasabat naka naminallah" balasan yg setimpal kpd kesalahan yg dibuat itu tdak ada undang2 ciptaan manusia, hanya pengawasan daripada Allah. Allah jaga sapa yg laksana hukum Allah. Kena percaya lah kat Allah..xmau percaya p cari bumi lain, ni bumi Allah punya.

    - Kena bangkit dan ubah, sebab takrif iman yg ketiga disamping ikrar dgn lisan, wal amal bil jawareh dia kena tnjuk dgn perbuatan, cth org hina Nabi, kita bangkit lawan dgn hati,lisan dan perbuatan.

    - Sebab Allah akan tanya sorg2 di pdg mahsyar nanti, di atas muka bumi hang bt apa utk Islam, allah xtanya hang kalah ka hang menang ka duduk bersama perjuangan islam, tp Allah tanya hang berjuang ka tdak atas nama Islam?.

    Wallahu'alam.
    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty kuliah Maghrib Ust Sharir Long di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8 Shah Alam pada 31 Oct 2012

    Post by Admin Thu Feb 28, 2013 5:25 pm

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 64400010

    Assalamualaikum. Alhamdullillah sedikit perkongsian ilmu kuliah Maghrib Ust Sharir Long di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8 Shah Alam pada 31 Oct 2012. Moga2 bermanfaat bt kite semua.

    Tajuk : Jangan Sombong Dengan Allah

    Download link :http://www.mediafire.com/?kv53vmf795131bs
    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty Kuliah Asar - Masjid Negeri, Shah Alam [20 Oct 2012]

    Post by Admin Thu Feb 28, 2013 5:30 pm

    NOTA KONGSIAN

    Ustaz Haslin Baharin (Bollywood). Kuliah Asar - Masjid Negeri, Shah Alam
    [20 Oct 2012]

    Taqwa itu ialah melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Saidina Ali ra berkata, taqwa ialah takut kepada Allah dengan sebenar-benar takut, melakukan amalan yang difardhukan, dan meninggalkan segala laranganNya. Inilah ciri-ciri Hamba Allah, mesti kena takut Allah, kena beriman pada Allah pada setiap saat.

    Nak jadi hamba Allah, ada 3 syarat:

    1) Al Hubbu - cinta, pada Allah.
    dengan cinta pada Allah, kita akan dapat 2 perkara:
    i) Allah akan cinta kita semula
    ii) Akan mati sebagai hamba Allah

    cara nak cinta, setiap perkara yang kita lakukan mestilah sebut nama Allah, makan baca Bismillah, kenyang sebut Alhamdulillah, minum sebut Bismillah, bangun pagi sebut Alhamdulillah, dan sebagainya.

    2) Takut, pada Allah.
    sifat2 takut ada 3:

    i) iman - Hadis~ kalau nampak kemungkaran, ubah dengan tangan, jika tak mampu, dengan lisan, jika tak mampu, dengan membenci pada dalam hati, dan itu adalah selemah-lemah iman. tapi ramai orang kita sekarang pilih nombor 3. itulah masalah sekarang. ramai ada iman, tapi lemah. tahu tutup aurat tu wajib, tapi tak tutup. tahu solat tu wajib, tapi tak solat. ada suami takut nak tegur kesalahan isteri. tu semua akibat ada iman tapi lemah.

    ii) malu - malu untuk buat maksiat, meskipun takde orang nampak, tapi kita malu lah dengan Allah.

    iii) yakin - dengan impian dan janji Allah. Allah janjikan syurga kepada mereka yang beriman. Kita doa, sedekah, zakat, solat, puasa, dan sebagainya sebab nak syurga Allah. Nabi kata jangan putus asa doa pada Allah.

    3) Sentiasa bersedia untuk mati (dari segi amalan fardhu)
    Mungkin james bond cakap tomorrow never die, tapi pada kita, tomorrow we might die. jadi, lengkapkan amalan fardhu kita setiap masa yang ditetapkan.

    Orang yang bebas dalam pemikiran (free thinker) dari kitab Syeikh Abdullah Al-Khatib:

    1) Golongan ini nak gugurkan agama Islam sepenuhnya dari masyarakat. contoh cara mereka melaksanakannya:

    i) Menggugurkan agama islam dari sistem pendidikan. Mereka merancang jangan ada penerapan agama dalam pelajaran sekolah. belajar pendidikan islam sebagai syarat periksa sahaja. bukan penerapan kepada hidup pelajar. golongan ni kalau dia tau ada program kita hari ni, diorang jeles.

    ada orang yang tinggi education, tapi jijik agamanya. ada doktor2 yang sanggup gugurkan kandungan wanita yang berzina yang dah lebih 4 bulan, ada doktor yang buat pembedahan buang kemaluan lelaki untuk pondan. inilah akibat tiada penerapan agama dalam pengajian perubatan. rata-rata kita minat menyanyi daripada mengaji. hafal lagu dan nama penyanyi, tapi surah pendek pun tak hafal.

    ii) menjauhkan syariat Islam daripada kedudukan sebagai sumber perlembagaan/perundangan. pernah ada kes seorang rakyat malaysia didapati bersalah minum arak. dia nak dan rela dia disebat di khalayak. tapi ada pulak orang islam naik bantah atas dasar women's right, kononnya. itu bukti kepincangan perundangan kita hari ini.

    iii) mengasaskan ekonomi atas dasar riba. lihat sendiri perbankan dan pinjaman di sekeliling kita hari ni.

    ada dulu orang kata kat saya, kenapa susah2 berjalan tawaf keliling kaabah? kan senang kita buat eskalator bergerak pusing keliling kaabah. takyah susah2 nak jalan kaki dan bersesak2. ni lah pemikiran orang bebas dalam pemikiran. kan lagi senang kalau kau buat kaabah tu berpusing, kau duduk je diam2 kat situ, alang2 dah malas sangat kan. tak nak ambil tahu rukun2 tawaf. nilah orang zaman sekarang.

    Nak lepak dengan kawan2, lepak lah. nak nyanyi, nyanyi lah. nak main bola, main lah. tapi ingat, kita masih orang islam. ada rules dan tanggungjawab. cari redha Allah, jangan cari redha nafsu.

    2) Untuk menjauhkan pemikiran manusia daripada segala yang berkaitan roh, wahyu, dan perkara ghaib (jin, malaikat, syurga neraka, dosa pahala)

    3) Menjauhkan dari segala yang berkaitan dengan akhlak. Mereka nak ajar manusia agar jangan malu buka aurat, jangan malu minum arak, jangan malu cakap lucah, jangan malu maki orang tua.

    4) Untuk memartabatkan ketuanan aqal. contoh, kebendaan jadi tuan. zaman sekarang, mak bapak nak cari menantu pun mesti nak menantu kerja bagus, kaya. dan lihat juga bagaimana masyarakat sekarang memandang tinggi orang yang mempunyai bisnes atau berpangkat dato' dan datin.

    5) Ketidakpercayaan pada wahyu. ada orang cakap, hantar anak sekolah pondok boleh kerja apa? gaji tak bagus pun. tak payah la hantar anak kau sekolah agama. haa.. mentaliti masyarakat kita yang tak yakin dengan ilmu Allah.

    6) Menolak pendekatan agama sebagai penyatuan sosial masyarakat yang baik
    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty Kuliah Maghrib Ust Shihabuddin Muhaemin, Seksyen 7 Shah Alam pada 1 Nov 2012

    Post by Admin Fri Mar 01, 2013 10:09 am

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 31898410

    Assalamualaikum. Alhamdullillah sedikit perkongsian ilmu kuliah Maghrib Ust Shihabuddin Muhaemin, Seksyen 7 Shah Alam pada 1 Nov 2012. Moga2 bermanfaat bt kite semua.

    Tajuk : Menjadi Muslim Bertaqwa - Definisi Taqwa Menurut Saidina Ali

    Download link :http://www.mediafire.com/?zd2fc3fqibiwrov
    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty kuliah Khas Ustaz Nazmi Karim di Masjid Al I'tisam TTDI Jaya pada 30 Sept 2012

    Post by Admin Fri Mar 01, 2013 10:11 am

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 58141010

    Assalamualaikum. Alhamdullillah sedikit perkongsian ilmu kuliah Khas Ustaz Nazmi Karim di Masjid Al I'tisam TTDI Jaya pada 30 Sept 2012. Moga2 bermanfaat bt kite semua.

    Tajuk : Kesesatan Syiah Imamiyyah

    Download link:http://www.mediafire.com/?ypz03j9pz8nd06w
    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Surau Wan Esah

    Post by Admin Fri Mar 01, 2013 10:15 am

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 64512_10
    Assalamualaikum shortnote kuliah Ustaz Azhar Idrus di Surau Wan Esah. khamis 1/11/2012

    Kitab Bimbingan Lengkap Fardhu Ain

    m/s 30 rumi 6. Aspek pengajaran yg menyentuh masalah muamalah,kita bicara sesama manusia seperti jual beli,gadai,upah,qiradh,sewa menyewa dan sbgainya.

    1. Islam ini lengkap semua cara islam ajar,bab gadai,jual beli.ngupoh semua islam ajar,datang dlm ayat al quran dulu,lepas tu hadis,lepas tuh pandangan ulama'.dan bila berbalah bab muamalat maka kene kembali kepada al quran lah.

    2. Nok ikut kehendak hukum mesti kene ade iman,kalau xdok iman mmg tak akan ikut al quran,bila ade iman dan taqwa maka mudahlah nk ikut hukum syara'.

    3. Dalam bab sewa menyewa pun islam ajar,jadi jgn pakai ikut belaka org buat,kene ikut hukum dulu,sbb kita orang islam kan.

    4. Ke 7. Aspek pengajaran sperti jenayah,rompak,curi,pembunuhan,zina,minum arak dan lain2.

    5. Maka bila org tahu benda ini dosa,dia akan bertaubat,kalau tak tahu mcmana nk taubat?jd kene belajarlah.

    6. Masyarakat yg asalnya paling jahat diatas muka bumi dulu ialah zaman sahabat semasa zaman kejahilannya,sbb itulah dibangkitkan Rasulullah disitu,bila org paling jahat ni,mereka berubah menjadi paling baik,itulah menunjukkan hebatnya kehadiran islam.

    7. Hukum syara' tetap belaka dah,kalau mencuri pun belum tentu kene potong tgn,kene tgk situasi plok,mgkin kene takzir sbb xpadan dgn barang yg dicuri atau perbuatan semasa mencuri

    8. Dalam bab perang pun ajar solat,kita dalam duduk saja pun dok solat doh,balik awal kita.

    9. Kalau ckp hukum gok,dia kata, 'laa dok ajin dgr pun',,mmg mung dok ajin dgr sebab mung dok g sejid,g dengor..mujur tua baru mari,kalau dok mari jgk,jahil sampai ke mapuh lah,mati dlm keadaan dok tahu bende.

    10. Dalam bab politik pun Al quran ajar,tatanegara,garis syura,islam tidak boleh ditadbir,islam ialah yg mentadbir,politik pun kene ikut cara islam.

    11. Kalau org kata politik ni rosak,bkn politik yg rosak,org politik yang dok paka,yg rosak,yg kebas harta,kepentingan sendiri,tu jadi org meluat tgk politik nih,ini lah masalahnya,dulu org berpolitik ade agama,skrg org berpolitik,ikut nafsu.

    12. Hukum sosial,yg blaku dikalangan umat manusia,sukan,hiburan mesti berlandaskan hukum syara' kita ni bahagian buat masjid comel doh,tp bhgian lain sukan,hiburan,telanjang abih,inilah dok betul kita.maksiat yg memudharatkan ramai ialah taja maksiat.inilah yg dilakukan oleh pemerintah kita.semua mabuk..

    13. Tiada yg adil melainkan islam,dalam majlis syura atau musyuarat,islam ajar kita berbincang utk buat keputusan ramai,kita berat kita,org lain dokleh bangkang kita,kita wakil rakyat kan,akhirat nanti kene lah mu

    14. Al quran juga memelihara akal fikiran manusia supaya gunakan akal kpd yang betul.

    15. Sebelum datangnya islam,wanita berada dijalan paling bawah,orang kafirlah yg merendahkan martabat wanita,mereka pula tuduh org islam yg merendahkan martabat wanita,cth kristian,anjur seks bebas,semua itu merendahkan martabat wanita.

    16. Kita pun berat jugok,guna org puang utk jd pelayan restoran,disuruh,dibiar pakai seksi,nung medan selere depan skoloh SS or,berat nanang,menggunakan wanita seperti mana kristian guna wanita utk merendahkan martabat tujuan melariskan perniagaan.itu bukan drpd prinsip islam.

    17. Sbb tu lah kerjaya yg paling tggi martabat wanita ialah suri rumah,tp bg pemahaman barat,isteri kerja di luar berpisah dgn suami adalah yg utama bg mereka.

    18. Cth islam menjaga wanita,maskawen org lelaki yg bayar,supaya wanita merasa gembira atas duit yg diperolehinya,bukan wanita yg tanggung,tp leni maskawen bahang ke mok dok starang.jenggg

    19. Maka jelaslah Al quran adalah sebuah kitab yg lengkap dan sempurna,yg dapat membimbing manusia di dunia hingga akhirat.

    20. Dalam perjalanan dunia,mcm2 kita terjatuh,menunjukkan kita lemoh,jadi ajarlah mulut sebut innalillah bila diuji,bkn sebut barang antik,brek basikal.ni dok,latoh sokmo.sbb ajor dari muda.

    21. Hikmah Allah menurunkan kitab kitabnya sbgai pembuktian bahawa ilmu Allah itu Maha Tinggi.

    22. Jgn sesekali kita pertikai ttg ayat al quran,puok yahudi pun tahu kehebatan ayat yg dibaca oleh Nabi saw,mereka tahu kebenaran tp tak mau ikut nabi sbb hasad dengki,hati kotor,yg menentang al quran pula ialah puok musyrikin mekah,mereka mmg jahil dan cabaran kpd org yg ragu ragu dan menentang al quran,

    " Dan jika kamu (tetap) dlm keraguan tentang barang (al quran) yg kami turunkan kpd hamba Kami (Muhammad),buatlah satu surat semisalnya, dan ajaklah penolong penolong kamu selain Allah,jika kamu orang2 yg benar ".

    Beriman Kepada Rasul-NYA

    1. Nabi dan rasul adalah laki laki pilihan Allah,cuma nabi ni tugas dia menyampaikan kpd kaum terdekatnya sahaja,manakala rasul pula ialah menyampaikan kpd semua kaum,seluruh manusia.itulah tugas rasul

    2. Nabi ni Allah pilih utk amalan sendiri shj,nabi dan rasul tidak boleh dilantik dgn ikhtiar dan doa,nabi dan rasul ini Allah yg lantik,bkn manusia biasa,manusia luar biasa,kerana diturunkan wahyu drpd Allah.

    3. Nabi ni jumlahnya kira kira, 124 ribu,manakala rasul ade 313 dan kita wajib mengetahu 25 orang rasul,dan kita pegang iktiqad kita bahawa nabi dan rasul ini semua benar belaka.

    4. Jadi hafal lah nama nama 25 rasul,org gila pun boleh hafal 25 rasul,kita tak tahu kebenda,siapa yg gila sebenarnya?

    wallahua'lam
    Admin
    Admin
    Forum Admin
    Forum Admin


    Posts : 85
    Reputation : 0
    Join date : 30/04/2009
    Age : 40
    Location : Selangor,Malaysia

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty Ceramah Perdana Tuan Guru Dato' Ismail Kamus

    Post by Admin Fri Mar 01, 2013 10:33 am

    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah 64398110

    Ceramah Perdana Tuan Guru Dato' Ismail Kamus
    Tarikh : Selasa, 6hb Nov 2012
    Masa : Selepas solat Maghrib
    Tempat : Surau Ar-Rasyidin, Taman Gomabk
    Rakaman :http://www.mediafire.com/?aqcbd7fj851rdwb

    Sponsored content


    Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah Empty Re: Nota Ringkas Kuliah Khas & video Ceramah

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Tue May 07, 2024 5:19 pm